• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Vape: Ambil Kira Semua Aspek Sebelum Buat Keputusan

oleh Ahmad Albab
07/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa dan pengguna rokok elektronik atau vape harus bertenang serta mengambil kira pendapat dalam semua aspek sebelum membuat sebarang keputusan dan tindakan.

Pengerusi Biro Kesihatan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr. Nur Faizah Ali berkata isu vaping dan merokok adalah ‘dua isu yang sama tapi tidak serupa’.

“Vaping adalah sesuatu isu baharu, kajian-kajian berkaitan dengannya agak terhad jika dibandingkan dengan tabiat merokok yang sudah lama bertapak di seluruh dunia.

“Ia (vaping) bukan sahaja boleh digunakan oleh perokok yang berniat untuk berhenti merokok, malah remaja dan kanak-kanak juga akan terikut dengan trend tersebut,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Rokok elektronik adalah satu alat elektronik yang mensimulasi atau menyerupai cara merokok.

Dr. Nur Faizah berkata merokok sudah sebati dalam masyarakat sejak sekian lama dan penyelesaiannya juga lebih rumit berbanding rokok elektronik.

“Kita dapat lihat pelbagai usaha kerajaan dalam menangani masalah ketagihan rokok antaranya kenaikan harga rokok sebanyak 40 peratus baru-baru ini, dan juga penguatkuasaan zon larangan merokok yang lebih meluas,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya naluri golongan muda yang suka bereksperimentasi dengan trend terkini juga perlu diraikan.

“Namun, nilai-nilai kebaikan dan kemudaratan perlu ditimbangtara secara objektif demi kemaslahatan masyarakat untuk jangka masa panjang,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]dCx3Sk8fL8U[/wpdevart_youtube]

Tags: vape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd