• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panel Tunggu Keputusan Anwar Untuk Pembedahan

oleh Ahmad Albab
06/11/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Panel yang merawat Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menunggu keputusan sama ada bekas ketua pembangkang itu perlu menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan kronik pada bahu kanannya.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kesihatan berkata Anwar mengalami kecederaan di bahu kanan beberapa tahun lepas akibat koyakan otot bahu.

Kecederaan itu dialaminya lama sebelum beliau dijatuhi hukuman.

Kementerian itu berkata seperti yang diperuntukkan Akta Penjara 1995 (Akta 537), satu panel perunding kanan kerajaan dilantik untuk memeriksa dan merawat Anwar ketika beliau berada di penjara.

Berdasarkan dapatan panel itu, kecederaan pada bahu kanan Anwar bersifat kronik dan ini disahkan melalui pengimejan, kata kenyataan itu.

Mengenai syor panel berkenaan, kementerian itu berkata ahli fisioterapi mengajar Anwar beberapa senaman untuk dilakukannya setiap hari di penjara.

“Beliau diperiksa dalam jarak kekerapan tertentu bagi menilai kekekuatan ototnya dan berdasarkan dapatan itu, Anwar telah beralih kepada set senaman seterusnya. Ini adalah kaedah standard dalam terapi bagi seseorang yang mengalami keadaan serupa,” menurut kenyataan itu.

Kementerian tersebut berkata panel perunding berkenaan menjemput tiga lagi perunding ortopaedik, yang merupakan pemimpin pendapat dalam bidang itu, untuk memberi pendapat kedua serta mengundang seorang pakar bedah ortopedik pilihan Anwar untuk memberi pendapat ketiga.

Laporan yang dikemukakan kepada panel itu menyebut bahawa ketiga-tiga pendapat memberi opsyen rawatan yang sama, tetapi tidak satu pun mengesyorkan fisioterapi intensif.

“Oleh kerana satu daripada opsyen dalam ketiga-tiga pendapat itu ialah pembedahan, maka prosedur ini dijelaskan secara terperinci kepada Anwar dan keluarganya,” tambah kenyataan itu.

Menurut kementerian berkenaan, pembedahan jenis berkenaan bagi merawat keadaan serupa, dilakukan secara berkala di hospital utama kerajaan di Malaysia.

“Opsyen itu ditawarkan kepada Anwar lebih kurang empat minggu lepas dan panel berkenaan kini menunggu keputusan Datuk Seri Anwar mengenainya,” menurut kenyataan itu.

Menurt kementerian itu, panel berkenaan merawat Anwar secara profesional dan memberi penjagaan sewajarnya kepada beliau, sejajar dengan keadaan klinikal.

“Keadaan beliau dikaji secara berkala oleh doktor di Penjara Sungai Buloh dan panel itu,” katanya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd