• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas ‘African Scam’, Tahan 2 Lelaki Nigeria

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan membabitkan warga Afrika (African Scam) dengan penahanan dua lelaki Nigeria di sekitar Subang Jaya, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supt Habibi Majinji berkata suspek pertama ditahan pada pukul 7 pagi dan susulan daripada itu polis menahan seorang lagi rakannya di sebuah kondominium di Subang.

“Suspek yang berumur 28 dan 35 tahun itu telah menetap di negara ini lebih enam tahun dan merupakan pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.

“Polis turut merampas empat komputer riba dan tujuh telefon bimbit pelbagai jenama selain wang tunai RM5,000 yang dipercayai sebahagian hasil kegiatan jenayah mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya mengesan suspek berdasarkan laporan yang diterima daripada seorang lelaki yang didakwa tertipu dalam kes itu baru-baru ini.

“Mangsa yang bekerja sebagai jurutera syarikat minyak mendakwa dia terpedaya dengan seorang wanita yang mendakwa berasal dari United Kingdom yang dikenali sebagai ‘Saltina’ menerusi laman sosial Facebook.

“Mangsa mendakwa suspek kononnya telah menghantar bungkusan mengandungi laptop, iPad, sut dan kemeja-T serta wang tunai berjumlah 200,000 pound yang mana barangan itu telah ditahan kastam,” katanya.

Habibi berkata bagi memperoleh barangan itu, pengadu diminta membayar cukai kastam serta harga barangan muatan lebih sebanyak RM47,730 secara berperingkat melalui akaun bank milik seorang lelaki bernama ‘James’.

“Mangsa kemudian rasa tertipu apabila tiada barangan seperti yang dinyatakan suspek selepas dia menjelaskan bayaran cukai tersebut,” katanya.

Habibi berkata kesemua suspek kini direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA

Tags: polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd