• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubah Pelan Stesen MRT, Ampang Park Tak Jadi Roboh?

oleh AK-47
13/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUSAT beli-belah yang terawal dibina di ibu kota, Ampang Park mungkin tidak akan dirobohkan.

Ini berikuan, pihak Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) akan mereka semula bentuk struktur Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Ampang Park.

Bagaimanapun, perubahan ini memerlukan persetujuan daripada 100 peratus pemilik unit strata.

Menurut satu kenyataan MRT Corp., susulan mesyuarat pihaknya bersama pemilik unit strata Pusat Beli-belah Ampang Park serta Ampang Park Management Corporation pada 15 dan 27 Oktober 2015, MRT Corp. telah mencatatkan isu-isu dibangkitkan dan mengkaji jika ada pilihan lain untuk Stesen MRT Ampang Park.

Baca: Demi Pembangunan… Selamat Tinggal Ampang Park!

“Antara faktor yang dipertimbangkan untuk pilihan lain termasuk jika ada kemungkinan Pusat Beli-belah Ampang Park tidak perlu dirobohkan.

“Pada masa sama, untuk sebarang alternatif dipertimbangkan, MRT Corp. perlu memastikan pengguna masih boleh sampai ke stesen MRT dan LRT dengan mudah,” demikian menurut kenyataan itu.

Antara cadangan bagi perubahan ini adalah stesen tersebut perlu dialihkan jauh sedikit dari pusat beli-belah itu.

Stesen MRT Ampang Park merupakan stesen penting untuk laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP Line) kerana ia merupakan satu-satunya stesen di mana pengguna boleh menukar laluan MRT kepada laluan LRT Kelana Jaya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: The Rakyat Post

Tags: Ampang ParkMRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd