• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak PM Harap Vape Tidak Diharamkan

oleh AK-47
06/11/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan harapan agar kegiatan vape tidak diharamkan sepenuhnya di negara ini.

Nazifuddin atau Nazif Najib berkata, beliau secara peribadi melihat wujud kesan positif daripada aktiviti vape jika dilakukan dengan baik dan beradap.

“Saya sokong vaping jika ia dilakukan dengan adab dan tatacara yang betul. Ramai juga kenalan saya yang vape, malah ada yang telah berhenti merokok.

“Saya berharap agar industri ini terus berkembang di Malaysia. Saya tidak setuju dengan pengharaman vaping. Kita hanya perlu vape dengan bertanggungjawab dan beretika,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui status di Facebook miliknya yang dimuat naik dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Menurut Nazif, yang menjadi isu dan masalah ialah apabila vaping menjadi aktiviti yang dilakukan tanpa kawalan sehingga membawa kepada ketagihan.

Tambahnya, vaping adalah satu alternatif yang baik kepada merokok.

“Saya merasakan ia masih kekal sebagai alternatif merokok dan kita seharusnya mengiktiraf inovasi dan kreativiti yang telah timbul dari industri ini. Yang hebatnya, kebanyakan produk terbaik seperti perisa jus vape datang dari usahawan muda tempatan,” katanya.

Bagi memperlihatkan sokongan terhadap aktiviti vape yang sihat, Nazif sebentar tadi melawat sebuah kedai vape di Cyberjaya dan meluangkan masa dengan anak-anak muda yang terbabit dengan aktiviti berkenaan.

mynewshub.cc

Kementerian Kesihatan beberapa hari lepas mengeluarkan kenyataan akan bertindak terhadap penjualan perisa vape yang berasaskan nikotin.

Ini kerana, berdasarkan Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983, penjualan nikotin tanpa lesen di pasaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang waima vape tidak pula diharamkan oleh pihak kerajaan.

Nikotin merupakan bahan kimia kawalan tetapi hanya dikecualikan dalam pembuatan produk tembakau, manakala aktiviti penjualan cuma boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar.

Peniaga yang didapati ingkar sebenarnya boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-dua sekali menurut akta sedia ada. – MYNEWSHUB.CC

Tags: vapevapor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd