• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Amanah Umum Mahu Bertanding Di Kawasan PAS!

oleh Ahmad Albab
05/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) akan menuntut kepada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya dibenarkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi PAS dalam pilihan raya lalu.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad berkata, PAN dalam posisi terbaik untuk mewakili Pakatan Harapan bertanding di kawasan terbabit sekali gus merampas kerusi terbabit daripada PAS memandangkan PAN sebuah parti Islam yang menerima sokongan pelbagai kaum.

“Sudah pasti PAN akan menuntut untuk bertanding di mana PAS telah bertanding sekiranya PAS tetap tidak bersama Pakatan Harapan dan tiada persefahaman pilihan raya antara PAS dan Pakatan Harapan.

“Ini adalah kerana PAN merupakan sebuah parti Islam seperti PAS tetapi bersikap lebih inklusif dan jujur terhadap konsep berpakat dan berkerjasama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan. Sokongan Melayu dan bukan Melayu mampu diperoleh,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid dalam pada itu membidas Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali kerana menuduh DAP tidak yakin PAN mampu memenangi lapan kerusi DUN Selangor yang dimenangi PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013.

Menurutnya, DAP menyatakan mahu bertanding di lapan kerusi tersebut bukan kerana tidak yakin dengan PAN sebaliknya DAP telah hilang keyakinan sama sekali terhadap kemampuan PAS untuk memenangi pilihan raya sebagai parti pembangkang.

“DAP sekarang menganggap bahawa PAS tidak lagi mampu mempertahankan kerusi-kerusi berkenaan. Ini adalah kerana DAP melihat bahawa PAS melalui kenyataan dan pendiriannya yang mutakhir telah kehilangan undi dan sokongan bukan Melayu.

“DAP menawarkan diri sebagai parti yang akan bertanding di kerusi-kerusi tersebut untuk mengelak ia jatuh kepada Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau turut menyelar PAS kerana tidak yakin dengan kemampuan DAP untuk memenangi lapan kerusi DUN di Selangor tersebut daripada PAS sedangkan PAN percaya DAP mampu berbuat demikian.

Khalid turut menggesa PAS supaya berhenti daripada mengibar panji-panji perkauman serta menyubur perasaan takut terhadap sesama rakyat terutama ke atas kaum Melayu semata-mata untuk mendapatkan sokongan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd