• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Seremban Tahan 22 Suspek Terlibat Kes Curi Motosikal

oleh Ahmad Albab
05/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis Seremban berjaya menahan 22 lelaki berusia 19 hingga 30 tahun dipercayai terbabit dalam kes curi motosikal di daerah ini, dalam operasi dari 19 Okt sehingga kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhammad Zaki Harun berkata tangkapan itu dibuat menerusi Op Lejang Khas membabitkan pemeriksaan di jalan dan serbuan ke rumah di sekitar daerah ini.

Katanya ia dibuat ekoran kekerapan kes curi motosikal terutamanya di kawasan terbuka seperti tempat letak kenderaan.

“Selain menahan 22 individu ini, polis turut merampas 19 motosikal dan lima rangka motosikal berserta komponennya,” katanya dalam sidang media di sini Khamis.

Muhammad Zaki berkata dua suspek sudah dihadapkan ke mahkamah dan selebihnya akan didakwa dalam masa terdekat.

Beliau berkata pihaknya turut merampas senjata berbahaya seperti pisau panjang daripada suspek dipercayai digunakan untuk jenayah jalanan.

“Menerusi operasi yang dijalankan selama dua minggu itu, kes pecah rumah dan samun turut menunjukkan penurunan di mana kes samun turun sebanyak 40 peratus berbanding sebelum operasi dijalankan dan kes pecah rumah pula berkurangan sebanyak 80 peratus,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua suspek yang ditangkap bukan terdiri daripada satu sindiket sebaliknya mereka mencuri motosikal untuk diambil komponennya bagi kegunaan sendiri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Kes Curipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd