• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Wanita Ditemui Lengkap Berpakaian Di Tangkak

oleh Ahmad Albab
04/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Mayat seorang wanita yang lengkap berpakaian ditemui seorang pekerja SWCorp ketika sedang memesin rumput di Jalan Belading-Bekoh di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Mohamad Salleh Abd Razak berkata mayat wanita terbabit yang dianggarkan berusia 40-an, ditemui pekerja itu pada 8 pagi di bahu jalan berkenaan iaitu berdekatan rumah anak yatim Persatuan Sri Sakhti, tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Mayat wanita itu berpakaian gaun separas lutut berwarna coklat dan kuning tanpa kasut atau selipar. Mayat wanita ini juga sangat kurus dan cengkung selain rambutnya separas bahu dan kita percaya perempuan ini sudah meninggal dunia lebih 24 jam,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata siasatan awal polis tidak menemui sebarang kecederaan luaran dan mayat dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan punca kematian masih dalam siasatan.

Sehubungan itu orang ramai yang kehilangan anggota keluarga boleh hadir ke Hospital Tangkak untuk membuat pengecaman.

Sementara itu, seorang pemandu lori, Toh Siew Lan, 67, maut selepas lori yang dipandunya terbabas akibat dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan di Kilometer 7, Jalan Muar-Segamat, semalam.

Mohamad Salleh berkata dalam kejadian 6.30 pagi itu, lori mangsa dilanggar sebuah kereta dari arah belakang dan mengakibatkannya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit.

“Mangsa yang cedera parah di bahagian dada dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar namun meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata pemandu kereta itu pula cedera di kepala dan dirawat di Hospital Pantai, Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: Mayatpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd