• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Tindas Peminjam Lelong Rumah Bawah Harga Pasaran – 4PM

oleh Ahmad Albab
04/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rumah bernilai RM450,000 tetapi mahu dilelong pihak bank pada harga RM250,000.

Itu nasib menimpa sepasang suami isteri di Pasir Gudang, Johor sejak kehilangan pekerjaan akibat syarikat mereka bekerja ditutup beberapa tahun lalu.

Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Arif berkata, perbuatan bank melelong rumah itu dibawah harga pasaran satu penganiayaan kepada golongan peminjam yang berada dalam kesulitan.

“Sudahlah rumah mereka dilelong, mereka terpaksa pula menanggung baki hutang dengan pihak bank. Sepatutnya pihak bank melelong rumah pada harga pasaran supaya hutang peminjam dapat ditutup.

“Perbuatan itu satu penindasan ke atas orang ramai yang dalam kesusahan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rosland berkata, tindakan bank itu juga sangat tidak berperikemanusiaan kerana ia menyebabkan peminjam masih menanggung baki hutang meskipun selepas rumah dilelong.

Menurutnya, pembeli rumah itu bukan sengaja tidak mahu membayar ansuran bulanan rumah tetapi menghadapi masalah kewangan akibat kehilangan pekerjaan selepas syarikat mereka bekerja ditutup.

Katanya, pasangan suami isteri itu telah merayu kepada pihak bank supaya memberi tempoh untuk mereka menjelaskan tunggakan tetapi pihak bank berkeras mahu melelong rumah mereka dibawah harga pasaran.

Menurutnya, pasangan suami isteri berusia lingkungan 40-an kemudiannya bertindak mengadukan hal tersebut kepada 4PM.

“4PM telah pergi ke bank tersebut pada 29 Oktober 2015 untuk berunding. Syukur bank bersetuju untuk menangguh lelongan rumah dan memberi tempoh kepada peminjam menyelesaikan tunggakan mereka,” katanya.

Justeru, Rosland menyeru orang ramai yang mengalami nasib seperti pasangan suami isteri di Pasir Gudang itu supaya mengadukan masalah mereka kepada 4PM.

Orang ramai yang memerlukan bantuan 4PM diminta menghubungi talian 03-238 67835/019-2531000/019-3971000/011-1331 3155.

“Orang ramai boleh juga menghubungi 4PM di talian 1700-818-707 atau melayari laman sesawang www.ppppmalaysia.weebly.com,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BankRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd