• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuh Sekolah Vernakular Boleh Timbul Ketegangan Kaum

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak bersetuju dengan cadangan memansuhkan sekolah vernakular.

Beliau mendakwa, langkah memansuhkan sekolah vernakular akan hanya menyumbang kepada ketegangan kaum kerana Perlembagaan Malaysia menjamin hak pendidikan vernakular di negara ini.

Justeru, katanya, negara tidak wajar disusahkan dengan masalah seperti itu hanya kerana terdapat pihak tertentu mendakwa sekolah vernakular mewujudkan perasaan kebencian dan perkauman.

“Benar, kepelbagaian aliran pendidikan di Malaysia menimbulkan cabaran kepada perpaduan negara. Bagaimanapun, hakikatnya Perlembagaan Malaysia menjamin hak pendidikan vernakular dan ini tidak boleh diubah tanpa persetujuan semua kumpulan-kumpulan etnik yang terlibat.

“Tidak dinafikan bahawa banyak sekolah-sekolah vernakular Cina Malaysia lebih “berbilang kaum” berbanding sekolah kebangsaan atau saya berani katakan –parti-parti berasaskan kaum yang lain. Anak-anak daripada semua kaum termasuk kaum Melayu sedang berkembang dalam sekolah-sekolah vernakular pada hari ini.

“Usaha-usaha kita sepatutnya fokus ke atas peningkatan keadaan sekolah-sekolah jenis kebangsaan supaya menjadi pilihan pertama untuk semua ibu bapa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nik Nazmi yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa, ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah vernakular kerana kerana menganggap kualiti pendidikan di sekolah kebangsaan tidak cukup baik dan persekitaran yang kurang menyeluruh.

“Kita harus berusaha untuk menggalakkan anak-anak kita menuju ke hadapan dan bukanlah mengheret mereka ke bawah,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: Nik NazmiSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd