• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amukan ‘Shasha Steering Lock’ Jadi Viral

oleh AK-47
06/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH video memaparkan aksi amuk seorang wanita memukul kenderaan lain menggunakan besi pengunci stereng (steering lock) kini viral di media sosial.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada 28 Oktober lalu itu dikatakan berpunca daripada seorang pemandu lelaki yang telah mengambil petak parkir berbayar wanita berkenaan.

 

Berang dengan tindakan semberono pemandu tersebut, wanita yang dikenali sebagai Shasha, 35, meletakkan kenderaannya berhadapan kenderaan terbabit supaya pemiliknya menyedari kesalahan yang dilakukan.

Selepas itu, berlaku sedikit kekecohan yang menyebabkan Shasha mula mengeluarkan besi pengunci stereng keretanya.

Mengulas kejadian tersebut, Shasha menegaskan dia bertindak memukul kereta lelaki yang tidak dikenali itu kerana mahu mempertahankan diri.

Katanya, lelaki yang menaiki kereta jenis Toyota Camry itu telah meletakkan kenderaannya di tempat letak kenderaan yang telah dikhaskan untuknya.

“Lelaki itu telah mengambil tempat letak kereta saya. Apabila saya suruh dia pergi ke petak letak kereta yang lain dia tidak mahu berbuat demikian,” katanya.

Shasha berkata, dia sengaja letakkan keretanya menghalang Toyota Camry tersebut kerana geram dengan perbuatan lelaki berkenaan.

“Lelaki itu yang berada dalam Toyota Camry telah menggerakkan keretanya dan melanggar kereta saya. Sedang saya bercakap di telefon lelaki itu kemudian telah mengambil kunci kereta saya,” katanya, lapor The Star Online.

Dia mendakwa lelaki terbabit juga telah memukul ayahnya yang berusia 67 tahun, yang ketika itu ada bersamanya.

Disebabkan hilang kesabaran dengan sikap lelaki itu, dia bertindak mengambil kunci stereng dan memukul kenderaan lelaki itu beberapa kali sehingga kemek.

Perlakuannya itu dirakam lelaki terbabit yang kemudian menyebarkannya di media sosial.

Dia tahu tujuan lelaki itu merakam adalah dengan niat mahu menunjukkan seolah-olah dia punca kejadian berlaku.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan, polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: amukCDM25Gaduh
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

13 Kanak-Kanak Ditahan, Gaduh Depan Sekolah Cetus Kebimbangan

13 Kanak-Kanak Ditahan, Gaduh Depan Sekolah Cetus Kebimbangan

11/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan individu bergaduh di hadapan sebuah sekolah di Bandar Selesa Jaya, Skudai, akhirnya membawa padah apabila...

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam

24/12/2025
0

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam, Insiden Di Taiping Cetus Kontroversi TAIPING – Seorang influencer lelaki mendakwa menjadi mangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd