• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siaran TV Digital Percuma Mulai Awal Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
03/11/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Rakyat Malaysia bakal menikmati siaran televisyen digital sepenuhnya secara percuma bermula awal tahun depan dengan adanya perkhidmatan siaran Televisyen Terestrial Digital yang akan dikendalikan oleh MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. (MYTV).

Ketua Pegawai Operasi MYTV, Mohamed Redzwan Yahya bagaimanapun berkata untuk menikmati perkhidmatan tersebut, pengguna perlu terlebih dahulu memiliki set dekoder atau ‘Set Top Box’ atau televisyen yang mampu menerima siaran digital secara langsung yang dikenali sebagai iDTV.

Katanya untuk itu, set-set dekoder dan televisyen berkenaan perlu mempunyai label khas bagi penerimaan siaran DTTB yang diperkenal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikenali sebagai ‘Label Pengguna Alat Penerima DTTB’ atau ringkasnya ‘DTTB Malaysia’ yang akan mula diguna pakai awal tahun hadapan.

“Dengan adanya label khas ini, pengguna dapat memastikan mereka hanya membeli alat penerima siaran DTTB seperti dekoder dan televisyen yang disahkan untuk menikmati siaran digital dengan kualiti gambar serta audio terbaik,” katanya kepada pemberita selepas seminar Label Pengguna Alat Penerimaan DTTB di sini baru-baru ini.

Baca: Patutlah Servis Astro Buruk, Panik Ada Lawan Baru!

Juga: Dalam Senyap, RTM Bersedia Dengan 80 Saluran TV Percuma

Lagi: Siaran TV Digital Sepenuhnya Seluruh Negara Akhir 2016

MYTV selaku pelaksana dan pengendali infrastruktur DTTB di Malaysia juga memegang hak ekslusif penjualan serta pengedaran dekoder DTTB di negara ini dan semua dekoder dilengkapi label ‘DTTB Malaysia’.

Label DTTB Malaysia diperkenalkan oleh SKMM dan pengeluarannya dikawal selia oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Menjelas lanjut mengenai DTTB, Mohamed Redzwan berkata fasa pertama siaran yang dijadual awal 2016 akan meliputi kira-kira 85 peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara sebelum dipertingkat kepada 98 peratus menjelang akhir 2016.

“Liputan kita adalah berdasarkan kepada populasi penduduk di sesuatu kawasan kerana pihak MYTV mahu memastikan setiap rakyat yang layak dapat menikmati perkhidmatan DTTB ini,” katanya.

Beliau berkata menerusi perkhidmatan DTTB, penonton di negara ini akan menikmati banyak manfaat seperti kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik, pilihan saluran siaran percuma lebih banyak selain akses perkhidmatan televisyen interaktif termasuk membeli belah dari rumah serta menonton video atas pemintaan.

Menurut Mohamed Redzwan, sebanyak dua juta set dekoder akan diedar dan diberi secara percuma kepada isi rumah yang yang layak iaitu mereka yang tergolong dalam kelompok pendapatan 40 peratus ke bawah (B40).

Beliau berkata, pengguna hanya perlu menyambungkan alat dekoder kepada antena dalaman yang termasuk dalam pakej dekoder itu, ataupun kepada antena terestrial luaran yang sedia ada untuk menikmati siaran DTTB kelak.

Mengenai kos pelaksanaan, Mohamed Redzwan memberitahu projek DTTB itu merupakan inisiatif pembiayaan swasta dan pihak MYTV memperuntukkan pelaburan sebanyak RM4.5 bilion bagi tempoh 15 tahun.

MYTV merupakan syarikat yang diberi lesen oleh kerajaan untuk membangun dan menguruskan infrastruktur serta kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan DTTB di Malaysia sebagai usaha melaksanakan penghijrahan system penyiaran nasional daripada analog kepada digital menjelang 2017. – BERNAMA

Tags: MYTVRTMTTD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

17/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sementara siaran siri animasi 'Santiago of the Seas' di TV2 susulan aduan penonton...

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

26/10/2025
0

SHAH ALAM - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf atas kesilapan pengulasnya yang tersilap menyebut nama Presiden Republik Indonesia ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd