• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Akhir 1MDB Oleh Jabatan Audit Negara Siap Hujung Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
03/11/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Audit Negara dijangka menyiapkan laporan akhir berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin berkata perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa itu di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

“Dalam mesyuarat pertama PAC hari ini, kami mendengar laporan interim berhubung 1MDB daripada Jabatan Audit Negara kerana ramai anggota baharu yang dilantik dalam jawatankuasa PAC, dan mereka (Jabatan Audit Negara) janji akan siapkan laporan akhir menjelang akhir tahun ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw dan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah.

PAC mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini selepas pelantikan enam anggota baharu termasuk pengerusinya.

Selain itu, Hasan yang juga Anggota Parlimen Rompin berkata PAC akan meneruskan prosiding ke atas 1MDB mengikut kaedah yang dilaksanakan pengerusi terdahulu, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Kami akan teruskan prosiding dengan memanggil mereka yang telah ditetapkan sebelum ini, seperti (Presiden) dan Pengarah Eksekutif Kumpulan (1MDB) Arul Kanda, Shahrul (bekas pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Mohd Shahrul Ibrahim Halmi) dan pengerusi-pengerusi mereka… tarikh akan ditentukan secepat mungkin,” katanya.

Arul Kanda sebelum ini dilaporkan berkata beliau bersedia untuk menghadiri prosiding PAC dan jawapan beliau menjadi sebahagian daripada rekod awam.

Hasan bagaimanapun berkata tiada keperluan untuk memanggil ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, sebaliknya, akan meletakkannya sebagai personaliti dalam prosiding, dan bukannya saksi.

Beliau juga berkata tiada keperluan untuk anggota PAC mengangkat sumpah simpan rahsia kerana mereka telah mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen.

“…ini juga kerana PAC adalah sebahagian daripada jawatankuasa dalam Parlimen,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mencadangkan kesemua anggota PAC mengangkat sumpah simpan rahsia supaya segala dokumen dan maklumat dalam jawatankuasa itu kekal rahsia.

Antara agenda yang turut dibincangkan dalam mesyuarat tiga jam itu termasuk penerangan kepada anggota baharu berhubung tugas dan tanggungjawab PAC serta taklimat prosiding dan isu yang tertangguh sebelum ini. – BERNAMA

Tags: 1MDBPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd