• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Terus Laksanakan Operasi Had Laju Di LPT2

oleh Ahmad Albab
01/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melaksanakan operasi had laju di sepanjang laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut lebuh raya tersebut.

Pegawai Penguatkuasa dan Operasi Trafik Bukit Aman DSP Mustaffa Bakri Salleh berkata menerusi operasi had laju yang dilakukan di LPT 2 itu pihaknya mendapati masih ramai pengguna yang gagal mematuhi had laju yang ditetapkan.

Katanya sepanjang operasi tersebut sebanyak 203 saman telah dikeluarkan kepada pemandu yang memandu melebihi 110 Kilometer sejam manakala 38 lagi membabitkan lain-lain kesalahan trafik.

“Dalam operasi yang bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 6.30 petang menfokuskan kepada pemandu yang melebihi had laju yang ditetapkan di LPT berkenaan.

“Sebanyak 241 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan kepada pemandu atas pelbagai kesalahan ketika menggunakan laluan tersebut,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau turut menasihati semua pemandu agar tidak memandu laju serta berwaspada memandu terutamanya ketika hujan dan berehat di hentian rawat dan rehat sekiranya mengantuk dan penat.

“Biarpun memandu laju antara punca kemalangan yang berlaku di LPT, masih ramai yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, jadi kita akan terus menguatkuasakan tindakan di laluan tersebut,” katanya.

Berdasarkan statistik semasa sebanyak 1,991 kes kemalangan telah direkodkan dan meragut 85 nyawa sejak lebuh raya itu beroperasi pada Januari 2011. – BERNAMA

Tags: LPT2PDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd