• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Tidak Pernah Konsistem – Najib

oleh Ahmad Albab
01/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pihak pembangkang tidak pernah konsisten dalam pendirian dan perjuangan mereka selain sering menabur fitnah dan tuduhan tidak berasas kepada kerajaan.

Najib berkata sikap tidak konsisten itu jelas terbukti apabila pembangkang sebelum ini yang tidak bersetuju dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), akhirnya, seperti mengiktiraf pelaksanaan sistem percukaian baharu negara itu dengan menyenaraikannya dalam intipati Bajet Alternatif mereka.

“Pembangkang tidak pernah konsisten. Selama ini (mereka) mengutuk GST, tetapi dalam Bajet Alternatif menyentuh GST. Dia main politik (kadar GST) tiga peratus, tetapi dalam online dia kata sifar peratus, tak masuk akal,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan tritahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Najib turut mempersoalkan pembangkang yang mahu mengenakan sifar peratus GST tetapi mengapa perlu memperkenal GST dalam intipati bajet mereka.

“Kenapa anda ada GST namun letak sifar peratus. Rakyat kena fikir, ini permainan politik,” katanya.

Selain itu, kata Najib, pembangkang juga berbohong apabila menuduh Barisan Nasional (BN) membawa masuk kira-kira 40,000 pengundi dari Bangladesh pada pilihan raya umum lalu yang sehingga ke hari ini gagal dibuktikan parti pembangkang.

Katanya tuduhan kononnya beliau akan berunding dengan pihak tentera untuk merampas kuasa sekiranya BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 lalu juga terbukti fitnah apabila pemimpin parti pembangkang berkenaan memohon maaf secara terbuka kepadanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakpembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd