• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Guard Kelar Pelajar Perempuan Disambung 7 Hari

oleh Ahmad Albab
03/11/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pengawal keselamatan yang ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar perempuan Tingkatan Lima, yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar dekat sini, disambung reman selama tujuh hari lagi bermula esok.

Jurucakap polis berkata lelaki berusia 20 tahun yang ditahan beberapa jam selepas penemuan mayat mangsa pada Ahad lepas direman selama tujuh hari sebelum ini dan tempoh berkenaan tamat hari ini.

“Polis berjaya mendapatkan perintah sambung reman selama tujuh hari lagi bermula esok hingga 8 Nov ini bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya polis percaya dapat melengkapkan siasatan kes itu dalam tempoh berkenaan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Ketua Unit Perundangan untuk tindakan selanjutnya.

Suspek yang juga teman lelaki mangsa dibawa ke Mahkamah George Town pagi ini dan Pendaftar Mahkamah Rehah Ismail membenarkan polis menyambung reman suspek selama tujuh hari lagi.

Jurucakap polis berkata kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya, yang pulang ke rumah pada pukul 7.30 malam.

Pelajar perempuan Tingkatan Lima, yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar itu telah dirogol sebelum dibunuh teman lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad dilaporkan berkata suspek memberitahu polis dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana pelajar itu mempunyai teman lelaki lain. – BERNAMA

Tags: kes bunuhpengawal keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd