• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Rusia Bawa 224 Orang Terhempas Di Mesir

oleh AK-47
02/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH pesawat komersial Rusia yang membawa sejumlah 217 penumpang dan tujuh anak kapal dilaporkan terhempas di Semenanjung Sinai, Mesir, pada Sabtu.

Berita kemalangan udara tersebut turut disahkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri Mesir di Kaherah, Sharif Ismail.

Memetik laporan media tempatan, bangkai pesawat malang itu sudah pun dijumpai di kawasan perkampungan al-Kuntillah dan al-Kaseema di bahagian tengah Sinai.

Sekurang-kurangnya 40 buah ambulans telah dikejarkan ke tempat kejadian. Kapal terbang tersebut dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia, Kogalymavia Airlines.

Pihak berkuasa Mesir mendakwa, hampir kesemua mangsa yang sebahagian besarnya merupakan pelancong Rusia termasuk 17 kanak-kanak dikhuatiri terbunuh.

Pesawat jenis Airbus A321 itu dalam perjalanan dari pusat peranginan Sharm el-Sheikh, Mesir ke St. Petersburg, Rusia sebelum hilang di radar menara trafik udara Cyprus.

Ia terputus hubungan ketika berada pada ketinggian 9,500 meter dari paras laut namun ada laporan mendakwa, pesawat itu mungkin ditembak kumpulan militan Jihadi.

Secara kebetulan, kawasan yang dilalui pesawat berpusat di Siberia itu memang terkenal sebagai zon konflik antara tentera kerajaan Mesir dengan pemberontak sekutu IS.

Penerbangan 9268 itu berlepas pada pukul 03.51 GMT (bersamaan 10.51 pagi waktu Malaysia) sebelum terhempas kira-kira 23 minit kemudian. – AGENSI/MYNEWSHUB.CC

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=vMGs0RqZSto]

Tags: Rusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd