• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon SPM Mati Lemas Dalam Tali Air Di Arau

oleh Ahmad Albab
30/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arau yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai minggu depan ditemukan mati lemas dalam tali air di Kampung Parit Haji Lateh di sini, Khamis malam.

Ketua Polis Arau, Supt Ku Yaacob Ku Hamad berkata mayat Safiuddin Harun, 17, dijumpai di bawah motosikalnya oleh rakan-rakannya kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Katanya motosikal ditunggang pelajar itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam tali air di tepi jalan mini tar di kampung itu di antara pukul 8 malam hingga mayatnya ditemukan.

Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, abang pelajar itu, Muhammad Husaini, 27, ketika ditemui berkata adiknya keluar rumah pada kira-kira pukul 5 petang semalam untuk memancing bersama rakan-rakannya di kampung itu.

Katanya, rakannya memberitahu Allahyarham telah pergi ke rumah seorang rakan di Kampung Parit Haji Latih untuk memulangkan alat memancing yang dipinjamnya sebelum balik ke rumah.

Muhammad Husaini berkata adiknya itu ada menghidap penyakit sawan.

Katanya apabila mendapati adiknya tidak pulang ke rumah, anggota keluarganya dan rakan-rakan adiknya itu menjalankan gerakan mencari sehingga akhirnya mayat adiknya ditemukan di bawah motosikalnya dalam tali air itu oleh rakan-rakannya.

Beliau berkata jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Behor Mempelam, Jalan Tambun Tulang di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Guar Sanji. – BERNAMA

Tags: mati lemaspelajarSPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd