• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Di Kota Marudu

oleh Ahmad Albab
30/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang warga emas rentung selepas rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang didudukinya di Kampung Kuranji, Kota Marudu, kira-kira 131 kilometer dari sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K. Ramin dalam kenyataannya hari ini berkata mayat mangsa dikenali Abdul Wakil Abdul Salam, 68, ditemukan rentung di dalam sebuah rumah daripada tiga rumah PPRT yang terlibat dalam kebakaran itu.

Katanya pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.44 malam dan sebuah jentera dengan 11 anggota dari Balai Bomba Kota Marudu tiba di lokasi pada 11.07 malam. Api berjaya dikawal kira-kira tiga minit kemudian.

Menurut Mohd Affendy, ketika pasukan bomba tiba di lokasi, dua daripada tiga buah rumah PPRT berkenaan telah terbakar sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar 60 peratus.

Api berjaya dipadamkan sepenunya pada 12.48 pagi.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, pejabat pentadbiran Pelabuhan Kota Kinabalu yang terletak di tingkat 3, Wisma Pelabuhan, hangus dalam kebakaran kira-kira 6.28 pagi ini.

Anggota Balai Bomba Kota Kinabalu yang tiba di lokasi pada kira-kira 6.30 pagi berjaya memadamkan kebakaran berkenaan sepenuhnya sejam kemudian, katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaranrentungwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd