• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketagih Hidu Gam Sampai Jadi ‘Ulat Tiket’

oleh Ahmad Albab
30/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG – “Saya sanggup bekerja sebagai ‘ulat tiket’ untuk beli dua tin gam sehari,” kata remaja lelaki ketagih menghidu gam berusia 16 tahun yang ditahan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Ampang dalam operasi Ops Gegar Siri 7, di sini, semalam.

Dalam operasi bermula 11 malam hingga 2 pagi itu, 10 remaja lelaki dan tiga remaja perempuan berusia 13 hingga 19 tahun ditahan ketika khayal selepas menghidu gam di taman permainan Pandan Indah.

Menurut remaja yang tidak bersekolah itu, dia menjual tiket secara haram di Pudu Sentral untuk mendapatkan wang demi memenuhi ketagihannya.

“Saya mula menghisap gam sejak awal tahun ini dan turut berhenti sekolah kerana mahu bekerja dan mendapatkan wang membeli gam.

“Memang ibu bapa saya marah, tetapi jika sehari saya tidak dapat menghidu gam saya menjadi tidak keruan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Ampang, Hasnina Ibrahim berkata, remaja yang ditahan itu menghidu gam secara berkumpulan di taman permainan pada waktu malam.

“Dua daripada yang ditahan turut mengaku mengambil dadah jenis ganja.

“Turut ditahan dalam operasi ini, seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun yang positif dadah jenis syabu,” katanya.

Susulan itu, semua yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Ampang untuk sesi kaunseling dan tindakan selanjutnya. – myMetro Online

Tags: Gampolisremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd