• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Cadang Banyakkan Sekolah Anak Gelandangan

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang menubuhkan lebih banyak sekolah untuk anak-anak gelandangan bagi memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Kita ambil maklum tentang keperluan sekolah begini untuk golongan seperti mereka. Kita akan lihat apa cara dan kaedah yang terbaik, kita lihat apa yang boleh ditolong,” katanya kepada pada sidang media selepas melawat Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di Chow Kit di sini, hari ini.

SBJK merupakan satu-satunya sekolah yang dikhaskan kepada kanak-kanak dan remaja gelandangan di negara ini. Ia mempunyai 135 pelajar berusia antara empat hingga 18 tahun serta 11 guru, dan mempraktikkan konsep pembelajaran berbentuk santai.

Mahdzir berkata antara perkara yang perlu dilihat dalam mewujudkan lebih banyak sekolah berkenaan adalah lokasi dan sasaran pelajar di sesebuah kawasan.

“Sebarang keputusan untuk menubuhkan sekolah jenis berkenaan perlu dibincangkan di peringkat kementerian,” kata Mahdzir.

Menurutnya kewujudan sekolah itu sebagai pendekatan terbaik untuk ‘menyelamatkan’ kanak-kanak berkenaan daripada terjebak kegiatan tidak sihat.

“Apa yang saya diberitahu, ada antara mereka yang datang dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ada juga gelandangan yang tiada rumah, tidur di mana-mana yang sempat,” katanya.

Mahdzir turut mengalu-alukan badan bukan kerajaan (NGO) membantu kerajaan merealisasikan hasrat ini. – BERNAMA

Tags: gelandanganMahdzir KhalidSekolah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd