• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Terhadap 7 Pemimpin UMNO Untuk Kebaikan Parti

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap tujuh pemimpin UMNO berhubung kenyataan terbuka mereka dilakukan untuk kebaikan parti, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata boleh membuat teguran tetapi perlu mengikut cara dan saluran yang betul kerana parti tidak mahu ada ‘gunting dalam lipatan’, ‘anai-anai’ dan ‘duri dalam daging’ yang boleh melemahkan parti.

“Kami menerima banyak aduan tetapi yang drastik ialah mengenai tujuh orang ini… kami sebenarnya boleh ambil tindakan terhadap mereka (gantung keanggotaan) tetapi ketika ini masih melengkapkan kertas siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Taman Rekreasi Pudu Ulu, di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun masih enggan mendedahkan nama pemimpin terbabit dan berkata jawatankuasa yang dilantik sedang menyiasat perkara itu dan keputusannya akan dibentangkan pada Majlis Presiden UMNO sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti.

Kebelakangan ini, beberapa pemimpin UMNO, dilaporkan menyertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam mengeluarkan kenyataan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. – BERNAMA

Tags: Tengku AdnanUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd