• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Posmen Komuniti Tingkatkan Liputan Serahan Di Sabah Dan S’wak

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sejak dilaksanakan bermula 2010, Program Posmen Komuniti di bawah Pelan Transformasi Pos Sabah dan Sarawak (PTPSS) berjaya meningkatkan liputan serahan di kedua-dua negeri tersebut.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata di Sabah peratusan serahan meningkat daripada 48 peratus pada 2010 kepada 63 peratus tahun ini, manakala di Sarawak liputan serahan meningkat daripada 59 peratus pada 2010 kepada 86 peratus tahun ini.

Katanya bagi perkhidmatan kaunter pula, 16 unit Pejabat Pos Bergerak (PoW) beroperasi di Sabah dan Sarawak merangkumi 112 ‘touch points’ baharu berjaya diwujudkan bagi memberi perkhidmatan kaunter kepada penduduk tempatan seminggu sekali di lokasi yang dilalui PoW berkenaan.

“Bermula 2010 hingga tahun ini, Pos Malaysia melantik 450 Posmen Komuniti dan 600 orang wakil Posmen Komuniti di Sabah dan Sarawak untuk menjayakan program ini.

“Posmen Komuniti diberikan elaun RM500 sebulan, manakala wakil Posmen Komuniti diberi elaun tetap RM100 sebulan. Sehingga kini kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyalurkan dana kos pelaksanaan RM18.64 juta dan Pos Malaysia membiayai kos operasi RM7.93 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Majlis Konvokesyen Posmen Komuniti Peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, Jailani berkata Pos Malaysia akan melaksanakan Optimizing PosLaju PosMel Operations (OPPO) yang dijangka dapat mempertingkat dan memantapkan kecekapan serahan item PosLaju kepada pelanggan di kawasan bandar dan luar bandar.

“Sehubungan itu, warga Posmen Komuniti juga akan turut diberi tanggungjawab untuk membuat serahan PosLaju di kawasan luar bandar yang sekali gus akan meningkatkan liputan serahan ke seluruh kawasan di Sabah dan Sarawak.

“Ini akan sedikit sebanyak membantu meningkatkan produktiviti dan pendapatan warga Posmen Komuniti,” katanya. – BERNAMA

Tags: posmenSabahsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd