• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Cadang Perluas Pengambilan Pembantu Guru

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan bercadang untuk memperluaskan pengambilan pembantu guru Gred N17 di seluruh negara bagi mengurangkan bebanan guru, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata dalam pengambilan pembantu guru, antara perkara yang perlu diambil kira ialah jumlah pembantu guru yang diperlukan di setiap sekolah dan kadar bayaran gaji mereka.

“Pertama kita tengok dulu jumlah setiap sekolah kena ada berapa orang (pembantu guru). Keduanya kita kena lihat bayaran gaji yang akan ditanggung.

“Bayangkanlah (tanggungan kerajaan), kalau semua sekolah kali dengan berapa orang, kali dengan sebulan, kali dengan 12 bulan. Jadi yang itu kita kena perhalusi dahulu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih di sini, hari ini.

Projek rintis pengambilan pembantu guru Gred N17 telah dilaksanakan di Melaka dan Kedah, hasil penubuhan sebuah jawatankuasa mengkaji beban guru pada 2010.

Mahdzir berkata perkara itu perlu diselaraskan oleh Jawatankuasa Teknikal antara Kementerian Pendidikan dengan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum sebarang keputusan diambil.

“Lepas tu baru boleh (lihat) banyak mana nak diambil, berapa tahun dia punya jangka masa dan sebagainya,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, kementerian mempunyai kaedah lain untuk mengurangkan bebanan guru yang satu daripadanya ialah melalui capaian Internet yang tinggi.

“Satu yang saya nampak, jika capaian Internet yang bagus terutama di luar bandar, ia boleh mengurangkan beban tugas guru,” katanya.

Mahdzir berkata bagi merealiasasikan perkara itu, ia perlu melibatkan tanggungjawab agensi lain dalam kerajaan selain Kementerian Pendidikan. – BERNAMA

Tags: GuruMahdzir KhalidPembantu GuruSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd