• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Terkejut Jumpa Bayi Baru Lahir Dalam Mesin Basuh

oleh Ahmad Albab
28/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Seorang warga emas terkejut menjumpai seorang bayiperempuan yang baru lahir di dalam mesin basuh di rumahnya di Kampung Ulu Dulang Kecil, di sini, malam semalam.

Zainol Hamid, 71, berkata, dia terdengar seperti bayi menangis dari arah bilik air di bahagian dapur rumahnya semasa menonton televisyen kira-kira pukul 10.30 malam.

“Pada awalnya, saya ingatkan bunyi hantu kerana tiada bayi dalam rumah. Semua cucu saya sudah besar. Saya beranikan diri mencari bunyi tersebut dan terkejut apabila menemui bayi tersebut kemudian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zainol berkata bayi itu tidak berpakaian dan masih bertali pusat serta dalam keadaan sihat semasa ditemui.

Katanya bayi seberat dua kilogram lebih itu menangis mungkin kerana kesejukan.

“Saya panggil anak saudara yang tinggal berhampiran untuk mengeluarkan bayi itu kerana takut. Anak saudara saya kemudian membuat laporan polis dan bayi itu dihantar ke Hospital Yan untuk rawatan lanjut,” kata Zainol.

Katanya dia percaya orang yang membuang bayi itu memasuki rumahnya melalui pintu belakang yang tidak berkunci.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim mengesahkan menerima laporanpenemuan bayi itu pada jam 10.44 malam yang sama.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai masuk ke rumah melalui pintu belakang yang tidak berkunci. – BERNAMA

Tags: bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd