• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Bukan Punca Ringgit Jatuh, Kata Arul Kanda

oleh Ahmad Albab
30/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenyataan bahawa kejatuhan Ringgit disebabkan oleh isu hutang 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) semata-mata, adalah tidak benar, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy.

Beliau yang kesal kerana terdapat pelbagai pihak telah mengaitkan kemerosotan nilai Ringgit dengan 1MDB, berkata: “tidak ada hubung kait antara kedua-duanya.”

“Mengatakan kejatuhan ringgit kerana satu syarikat, saya fikir agak keterlaluan,” kata Arul Kanda ketika ditanya sama ada masalah kewangan 1MDB telah memberi tekanan tambahan pada mata wang tempatan.

“Jika anda melihat sebulan yang lalu dan menilai turun naik Ringgit, dan turun naik nilainya, dan melihat berita mengenai 1MDB, anda akan dapati tidak ada hubung kait,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, Ringgit banyak dipengaruhi oleh kejatuhan mendadak harga minyak dunia dan penurunan nilai Renminbi China yang telah memberi kesan buruk kepada mata wang tempatan.

Arul Kanda berkata kebimbangan terhadap pasaran baru muncul juga memberi kesan kepada mata wang pasaran baru muncul, susut nilai mata wang seperti mata wang Brazil, Norway dan New Zealand.

Gabungan kejatuhan harga minyak mentah, penurunan nilai mata wang China dan kenaikan dolar AS membawa kepada penurunan Ringgit sebanyak kira-kira 16 peratus berbanding dolar AS sejak Ogos tahun ini. Semalam Ringgit ditutup pada 4,2670.

Begitu juga, mata wang Brazil, Real, yang jatuh ke paras terendah pada September, mata wang Norway, Kroner juga menjunam ke paras paling rendah pada bulan lepas manakala dolar New Zealand turun dengan ketara selepas China menurunkan nilai mata wang mereka.

Semua mata wang ini, termasuk Ringgit, dikaitkan sama ada kebimbangan terhadap pasaran baru muncul, penurunan nilai mata wang China atau kejatuhan harga komoditi terutamanya minyak mentah, yang kini berlegar pada paras terendah US$48 setong.

“Bukan untuk mengatakan 1MDB tidak memberi kesan langsung, saya bersetuju bahawa terdapat beberapa kesan dalam perkara tertentu.

“Tetapi saya juga ingin menyatakan bahawa pelbagai ketidaktentuan politik di dalam negara juga telah mempengaruhi nilai mata wang,” kata beliau semasa di temu bual dalam program khas, ‘Bernama TV with Arul Kanda’.

Program yang disiarkan di Astro saluran 502, HyppTV 410 dan www.bernama.com pada 10 malam ini, dihoskan oleh Suriati Sanusi bersama Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama, Mikhail Raj Abdullah.

Bagi mengurangkan kebimbangan pelabur terhadap Ringgit, Arul Kanda berkata 1MDB menyediakan pelan rasionalisasi yang secara beransur-ansur akan melupuskan aset atau membawa masuk ekuiti baru untuk mengurangkan hutangnya.

Arul Kanda mengulangi bahawa 1MDB tidak pernah gagal membayar hutang dan telah membayar faedah dan pokok apabila tiba masanya.

“Daripada perspektif itu, pelabur akan lega yang kita mengakui cabaran, kami terbuka mengenainya dan akan memperbetulkan keadaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDBRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd