• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Bimbang Salur Maklumat Tentang Rasuah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Masyarakat tidak perlu bimbang untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang perlakuan rasuah kerana tindakan mereka dilindungi oleh undang-undang, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Jamidan Abdullah berkata saksi yang memberi kerjasama berkaitan kes rasuah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.

“Kita juga membuka kertas siasatan tertentu untuk menyiasat individu yang menganiaya pemberi-pemberi maklumat,” katanya kepada pemberita selepas majlis ‘Merakyatkan SPRM’ di sini, hari ini.

Masyarakat, beliau berkata tidak perlu bimbang tampil memberi maklumat kerana SPRM akan menjalankan tugas dengan telus dalam menegakkan keadilan untuk mereka.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Muhamad berkata pihaknya melakukan 55 tangkapan sejak awal tahun sehingga kini, berkaitan gejala rasuah berbanding 22 penahanan dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata tangkapan sepanjang tahun ini, dibuat hasil 320 maklumat diterima suruhanjaya berkenaan berbanding 22 tangkapan daripada 490 maklumat yang diterimanya pada tahun lepas.

“Pencapaian itu hasil maklumat berkualiti daripada kerjasama masyarakat umum yang bersama-sama membantu SPRM membanteras rasuah,” katanya. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd