• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapan Sekolah Ditutup Di Sabah Ekoran Banjir

oleh AK-47
07/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBANYAK lapan buah sekolah di empat daerah di Sabah ditutup akibat banjir ekoran hujan berterusan sejak awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Jame Alip berkata, sebanyak 3,400 murid terjejas akibat banjir di sekitar Kota Kinabalu, Papar, Penampang dan Kota Belud.

Beliau berkata lima buah sekolah di Kota Kinabalu yang terlibat banjir ialah SK St Cathrine, SK Gudon, SK Pulau Gaya, SK Rampayan dan SK Natai.

“Di Papar, ia melibatkan SK Tampasak Kinarut dan SJKC Kin Kiau manakala sebuah sekolah di SK Lasau Titapon, Kota Belud,” katanya di dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun sekolah yang terjejas banjir itu ditutup sementara, namun masih terdapat beberapa sekolah yang tetap meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Jamaludin Hussin berkata, kira-kira 400 penduduk dari empat kampung sekitar Penampang dilanda banjir dan menjejaskan aktiviti harian penduduk di bandar raya ini.

Beliau berkata antara kawasan terlibat ialah Kampung Penampang Proper, Kampung Hungap, Kampung Tuavon dan Kampung Tanaki.

“Anggota bomba telah dikerahkan untuk membantu pelajar terbabit serta memindahan penduduk yang terlibat banjir yang rata-ratanya berpindah ke kediaman anggota keluarga yang lain,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini, tiada pusat pemindahan dibuka dan Pejabat Daerah Penampang telah membuka pusat penempatan sementara di Dewan Masyarakat Tun Fuad bagi menghadapi situasi banjir ini.

Katanya, setakat tengah hari ini paras air di Empangan Sungai Babagon berada di paras bahaya 10 meter.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya sentiasa memantau situasi banjir itu dan penduduk yang terlibat dinasihatkan supaya berwaspada dan mengambil tindakan untuk berpindah sekiranya keadaan banjir semakin serius.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sekitar Penampang termasuk pekan Donggongon, pejabat dan jabatn kerajaan serta pusat membeli-belah turut ditenggalami air.

Sementara itu, Ketua Stesen Tanjung Aru, Amzah Mamat berkata satu jadual perjalananan kereta api dari Tanjung Aru ke Beaufort melibatkan lebih 100 penumpang dibatalkan pada 7.55 pagi tadi berikutan banjir yang melanda kawasan Kawang Papar.

Menurutnya, keputusan dibuat berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) setelah menerima maklumat awal mengenai landasan kereta api dilanda banjir melepasi enam inci pada landasan. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

Tags: BanjirSabahSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd