• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Tidak Berhutang Dengan Syarikat Abu Dhabi

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhutang dengan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC) sebanyak AS$481 juta.

Najib berkata mengikut penyata kewangan 1MDB yang berakhir 31 Mac 2014, tiada tercatat jumlah tersebut yang didakwa ditanggung syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

“Nota dalam Penyata Kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 dengan jelas menyatakan bahawa tiada jumlah tersebut yang ditanggung 1MDB terhadap IPIC.

“Ingin ditekankan juga bahawa mana-mana pihak berhak menentukan kaedah pelaporan Penyata Kewangan mereka,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Perdana menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang ingin tahu jumlah pembayaran yang telah dibuat 1MDB untuk menebus opsyen syarikat Powertek Investment dan 1MDB Energy (Langat) daripada Aabar Investment.

Pua juga meminta kerajaan menyatakan sama ada 1MDB masih berhutang sebanyak AS$481 juta seperti tercatat dalam Laporan Audit IPIC untuk Disember 2014. – BERNAMA

Tags: 1MDBAbu DhabiIPIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd