• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Bumi Afghanistan – Rakyat Malaysia Selamat

oleh Ahmad Albab
27/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam kejadian gempa bumi kuat yang mengorbankan puluhan penduduk di Afghanistan semalam.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memberitahu, perkara itu disahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Islamabad dan New Delhi, serta Konsulat Jeneral di Karachi.

“Kedutaan Besar Malaysia telah mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam gempa bumi tersebut. Kementerian Luar akan terus memantau keadaan tersebut,” kata kenyataaan itu hari ini.

Media semalam melaporkan, gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter melanda kawasan terpencil di timur laut Afghanistan mengorbankan sekurang-kurangnya 70 penduduk dan mengakibatkan ibu negara Kabul bergegar.

Gegaran susulan turut dirasai di utara India dan Pakistan, di mana beratus-ratus penduduk lari keluar dari bangunan bimbang berlaku kejadian runtuhan.

Kementerian Luar dalam pada itu berkata, kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Pakistan, Afghanistan dan India berikutan tragedi itu.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman turut mengutuskan perutusan takziah kepada rakan sejawatan mereka di atas kejadian yang berlaku,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gempa bumiIndiaPakistan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd