• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawapan Hadi Kenapa PAS Tak Angkat Plakad Lepas Bajet 2016

oleh
29/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALKISAH semua tentu maklum mengenai gelagat bodoh Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Harapan selepas pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada Jumaat minggu lalu.

Mungkin malu kerana usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dibawa untuk sidang kali ini, mereka membuat kecoh dengan berdiri sambil menayangkan plakad ‘Mana RM2.6 billion?’.

Bagi pembangkang, isu derma jutawan Arab Saudi kepada pemimpin negara cuba diperbesarkan konon ia rasuah tetapi ‘senyap’ pula enggan dedah sumber dana politik asing mereka yang jauh lebih besar bagi guling kerajaan BN.

Ibarat kata gajah depan mata tidak nampak tetapi kuman di seberang laut boleh nampak, pembangkang hingga ini tidak berani nyata secara telus siapakah penyumbang kewangan mereka yang lebih mewah berbanding BN sendiri.

Walhal semua maklum, bukanlah satu kesalahan jika parti politik termasuk BN untuk terima sumbangan dana pihak luar dan ia disahkan SPRM waima BNM sendiri sebagai transaksi sah serta tidak menyalahi undang-undang.

Berbalik kepada kekecohan selepas Najib selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat baru-baru ini, ramai menyedari wakil-wakil rakyat PAS enggan berdiri ketika semua ahli-ahli pembangkang berbuat demikian.

Ini kali kedua PAS buat protes secara senyap terhadap rakan-rakan pembangkang selepas tiga hari sebelum itu, mereka turut menyokong usul penggantungan ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang memasuki Parlimen selama enam bulan.

Bayangkanlah daripada 97 wakil BN dan 88 wakil pembangkang yang hadir ketika itu, 107 wakil menyokong ahli Parlimen Gelang Patah itu digantung, manakala 77 membantah dan seorang iaitu Kit Siang sendiri pula berkecuali.

Khabarnya 10 wakil PAS yang datang tidak senada dengan pembangkang. Untuk rekod parti Islam itu kini cuma tinggal 14 wakil sahaja selepas enam ahlinya ‘khianat’ sertai serpihan iaitu PAN dan seorang lagi ‘lompat’ ke PKR.

Justeru, tindakan PAS enggan berdiri menayangkan plakad yang dirancang awal oleh PKR, DAP dan PAN jelas tidak mengejutkan jika dilihat respons mereka menyokong Kit Siang ‘digantung’ setengah tahun sebelum itu.

Baca: DAP Keluar Resolusi PAS Tiada Dalam Pakatan Harapan

Mana-RM26-Bilion_600

Ini bukanlah rahsia malah usul undi tidak percaya kepada Najib yang dibawa Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail minggu lalu juga khabarnya tidak dimaklumkan kepada PAS seolah-olah mereka langsung tidak wujud.

Namun jawapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu parti itu tidak ‘sekepala’ dengan pembangkang nyata bukan sahaja diplomatik tetapi lebih bersifat sindiran halus kepada PKR, DAP dan PAN.

Portal berita AgendaDaily pada Selasa melaporkan, ahli Parlimen Marang itu memberi alasan cukup Islamik kenapa PAS enggan berdiri menayangkan plakad bodoh tersebut waima mungkin tidak setuju dengan Bajet 2016.

“Ia adalah tidak sopan. Kita bukan seperti peserta demonstrasi, kita sebenarnya ahli Parlimen yang beradab,” kata Abdul Hadi secara terbuka kepada pemberita dalam sidang akhbar yang diadakan di lobi Parlimen pada Selasa.

Ada kalangan pimpinan Pakatan Harapan dilaporkan mengutuk keras keengganan ahli-ahli Parlimen PAS untuk turut mengikut serta perbuatan wakil-wakil mereka yang dilihat cuba menjadikan Dewan Rakyat macam pasar.

Bahkan ada antara mereka mendakwa PAS langsung tidak ada semangat pembangkang. Dalam sidang akhbar itu Abdul Hadi tetap bertegas dan mengulangi bahawa PAS tidak sekali-kali akan menyertai Pakatan Harapan.

“Kami tidak mempunyai harapan pada mereka yang hanya tahu hendak mempergunakan kami sebagai ‘bas ekspres’ untuk sampai ke destinasi mereka iaitu menawan kerajaan Persekutuan daripada BN,” jelas beliau.

PAS ujarnya, tidak akan menyertai sebarang langkah yang tidak bersandarkan kepada ajaran Islam dan matlamat menghalalkan cara kerana PAS tidak mahu menaiki ‘bas ekspres’ yang diketahui tidak sampai ke destinasinya.

“Apabila tidak sampai, kita pula kena jalan kaki lebih jauh… sudah tiada harapan dengan Pakatan Harapan yang tidak sampai destinasi… naik bas ekspres pergi Kuantan tapi guna jalan ke Kuala Lipis, mana nak sampai,” sindirnya.

Kata Abdul Hadi, PAS sudah pernah hidup bersendirian sejak sekian lama, malahan pihak lain yang lebih memerlukan sokongan dan jentera PAS, bukan sebaliknya PAS pula yang ‘terhegeh-hegeh’ memerlukan mereka.

Beliau kemudian merujuk kepada perhimpunan haram Bersih 4 baru-baru ini dan berkata: “Dalam mana-mana demonstrasi, apabila PAS tidak ikut, anda lihat tidak ramai hadir. Mereka yang perlukan ahli dan jentera kami!”

Ketika himpunan ‘Baju Kuning’ selama dua hari itu, media tempatan melaporkan majoriti pesertanya adalah kaum Cina yang dipercayai penyokong tegar DAP, bahkan mereka bertindak biadap menghina Abdul Hadi dan Najib.

Bersih 4 gagal apabila cuma disertai 20,000 orang, sebaliknya Himpunan Rakyat Bersatu atau ‘Baju Merah’ yang turut disokong PAS kemudian mendapat sambutan amat luar biasa dengan dihadiri lebih 200,000 peserta. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PASPlakad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd