• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inovasi Polis Langkawi Dapat Jimat Kos Operasi Lebih RM8 Juta

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Sistem pembekalan dokumen trafik dan pengurusan barang kes secara dalam talian yang sedang dibangunkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi akan dapat menjimatkan kos operasi lebih RM8 juta setahun, kata Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya.

Beliau berkata sistem yang dibangunkan oleh Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr. Che Ghazali Che Awang itu juga dapat menyingkatkan lagi tempoh penghantaran dokumen daripada kira-kira dua bulan sebelum ini kepada beberapa minit.

“Kami berharap rancangan-rancangan inovasi akan dapat melonjakkan lagi keberkesanan dan kecekapan PDRM untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan penyampaian kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat sistem-sistem itu di sini, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua inovasi itu akan dibawa untuk pertimbangan pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai satu daripada produk inovasi Polis Kedah dan dapat diperluaskan ke ibu pejabat polis daerah di seluruh negara jika diluluskan.

“Ia (inovasi) ini sejajar dengan rancangan transformasi untuk meledakkan PDRM sebagai agensi yang moden, terkini dari segi inovasi dan daya cipta terbaharu untuk memenuhi jangkaan masyarakat umum,” katanya.

Zamri berkata pembangunan sistem itu adalah melalui sumber manusia PDRM sendiri dan pelaksanaannya menjimatkan kerana tiada penghantaran dokumen melalui pos, tiada percetakan dokumen diperlukan dan juga menjimatkan masa.

“Semua interaksi boleh dibuat melalui e-mel atau khidmat Internet. Lebih mudah, lebih pantas dan lebih kos efektif,” katanya.

Katanya sistem pengurusan barangan kes yang memanfaatkan teknologi ‘bar kod’ telah dicuba sejak dua minggu lepas itu dan didapati berjaya mengurangkan penggunaan ruang untuk penyimpanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi sehingga 50 peratus.

Beliau berkata sistem itu juga dapat memudahkan proses pengesanan barangan kes sama ada untuk tujuan dibawa ke mahkamah ataupun untuk dikembalikan kepada pemiliknya.

Menurutnya PDRM Langkawi memerlukan sebulan lagi untuk membolehkan petugasnya membiasakan diri dengan sistem berkenaan selain mengemas kini perisian komputer yang ada sebelum sistem itu dapat dilaksanakan sepenuhnya. – BERNAMA

Tags: inovasiLangkawipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd