• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Minimum Pastikan Simpanan Pencarum KWSP Mencukupi

oleh Ahmad Albab
26/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peningkatan gaji minimum pekerja swasta yang diumumkan dalam Bajet 2016 memberi kebaikan jangka panjang kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Jabatan Ekonomi dan Pasaran Modal KWSP, Nurhisham Hussein dalam kenyataan berkata, peningkatan gaji minimum itu dapat memastikan simpanan persaraan ahlinya yang berpendapatan rendah mencukupi.

Bajet 2016 menyatakan gaji minimum pekerja swasta di Semenanjung Malaysia dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 manakala untuk Sabah, Sarawak dan Labuan, ia naik kepada RM920 daripada RM800, bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah.

Selain itu, Nurhisham berkata peluasan skop kelayakan perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjamin perlindungan yang lebih kukuh ditawarkan kepada pekerja, yang rata-ratanya juga adalah pencarum KWSP.

Melalui Bajet 2016 juga, peluasan skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000 dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 500,000 pekerja yang tidak diliputi sebelum ini.

Selain itu, katanya peningkatan BR1M, pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana dan fokus kepada rumah mampu milik merupakan usaha yang diharap boleh meringankan bebanan yang ditanggung rakyat.

“KWSP menyambut baik inisiatif kerajaan memperkenal dan menyambung pelbagai usaha untuk menyokong kualiti hidup rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana yang dibentang dalam Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gaji MinimumKWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd