• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Perlu Hormat Dan Yakin Kepimpinan PM – Tajuddin

oleh Ahmad Albab
26/10/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu percaya dan yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana setiap pemimpin memiliki cara dan corak kepimpinan yang tersendiri.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semasa memberi peringatan ini berkata bekas timbalan perdana menteri itu juga tidak seharusnya mengungkit perkara berhubung sokongannya kepada Najib.

“Kita sebagai orang di bawah, sama ada berjawatan, ahli biasa atau penyokong, kena menyesuaikan diri dengan pemimpin, kita pengikut, takkan pemimpin nak ikut pengikut.

“Sebagai ahli (UMNO), kita kena ada keyakinan dan kepercayaan kepada pemimpin, kalau rasa tak boleh berbuat begitu, maka bolehlah mengundur diri supaya tidak terasa ada masalah antara kita dan pemimpin,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Tajuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Muhyiddin dalam Program Bicara Minda dan Sesi Dialog di Johor Baharu pada Sabtu yang mendakwa beliau merupakan pilihan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk dijadikan perdana menteri tetapi tetap setia dengan Najib dan hanya menjadi timbalannya.

Katanya, Muhyiddin juga seharusnya berbincang di peringkat parti sekiranya ada ketidakpuasan hati, dan bukan menyatakannya secara terbuka.

Ketika ditanya sama ada UMNO perlu mengambil tindakan terhadap Muhyiddin, Tajuddin berkata peringatan dan nasihat adalah sebahagian tindakan yang boleh diambil bagi menunjukkan rasa hormat parti kepadanya.

“Permintaan saya, dengan rasa rendah diri kepadanya, apa saja perbezaan kita bawa ke dalam parti dan bincang, kalau dibiarkan, takkan membantu parti dan hanya menguntungkan musuh,” katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata tindakan Muhyiddin yang lantang mengkritik secara terbuka hanya boleh diadili oleh jawatankuasa disiplin parti sama ada ia melanggar etika parti atau tidak. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd