• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Cedera Dirempuh Lelaki Cuba Lari Dari Pemeriksaan Polis

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang anggota polis mengalami kecederaan selepas kereta peronda (MPV) yang dipandunya dirempuh sebuah kereta dinaiki seorang lelaki yang cuba ditahan polis di Sungai Nibong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, anggota polis berkenaan Lans Koperal Mohd Khairuddin Abdul Razak, 32, yang bertugas di bahagian MPV Timur Laut mengalami kecederaan luka di dahi dan belakang kepala.

“Polis menerima panggilan pada pukul 4 pagi dari seorang wanita yang memaklumkan dia diganggu seorang lelaki di rumahnya di Lebuh Nipah 3, Sungai Nibong sebelum dua anggota dihantar ke tempat kejadian bagi memberi bantuan,” katanya di sini hari ini.

Katanya sebaik tiba di bawah rumah pangsa itu, anggota polis ternampak sebuah kereta disyaki dinaiki lelaki yang mengganggu wanita berkenaan dan mereka cuba membuat pemeriksaan tetapi pemandunya terus memecut dan cuba melanggar polis.

Beliau berkata anggota polis itu telah menghubungi Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk mendapatkan bantuan MPV dan sebuah kereta dihantar bagi membuat tangkapan ke atas suspek.

“Kereta MPV yang dipandu mangsa telah menghalang laluan kereta suspek dan anggota polis itu keluar dari kenderaan berkenaan serta memberi isyarat supaya kereta yang dipandu lelaki terbabit berhenti untuk diperiksa,” katanya.

Mior Faridalatrash berkata bagaimanapun lelaki itu tidak memberhentikan kenderaannya malah memandu laju hingga merempuh anggota polis berkenaan dan melanggar kereta peronda MPV sehingga mengalami kerosakan sebelah kiri pintu.

Katanya lelaki itu berjaya meloloskan diri bersama keretanya bagaimanapun telah tertinggal rakannya yang berusia 16 tahun di tempat kejadian.

“Remaja lelaki itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan usaha mengesan rakannya yang telah dikenal pasti identiti serta berumur 27 tahun berkenaan giat dijalankan,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu dan kereta jenis Proton Wira warna merah gelap yang bernombor pendaftaran MBA 2688 diminta menghubungi talian telefon 04-2181801 atau balai polis berdekatan. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]ZyQHXVIATQk[/wpdevart_youtube]

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd