SEPANG – Penunggang Sepanyol, Dani Pedrosa muncul juara Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia selepas mencatat 40 minit 37.691 saat di Litar Sepang hari ini.
Tempat kedua dan ketiga, masing-masing dimenangi Jorge Lorenzo dari Sepanyol dan pelumba Itali, Valentino Rossi, kedua-duanya dari pasukan Movistar Yamaha MotoGP.
Lorenzo berada 3.612s di belakang Pedrosa manakala Rossi pula 13.724s lebih perlahan daripada juara itu. – BERNAMA

