• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kamal Hisham: Mahkamah Sesyen Tetapkan 9 Nov Depan

oleh Ahmad Albab
25/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 9 Nov depan untuk pengurusan kes peguam Kamal Hisham Ja’afar yang mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa sebagai pengarah syarikat.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan tarikh baharu itu bagi membolehkan pihak pembelaan mendapatkan dokumen lengkap daripada pihak pendakwaan.

Pada prosiding hari ini, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Azies Han Mohd Fadzil berkata terdapat dokumen yang diperlukan dalam kes itu yang belum diperoleh pihaknya.

“Sepatutnya hari ini adalah untuk menyerahkan dokumen lengkap, namun, terdapat dokumen yang belum dirampas dan dokumen itu perlu bagi kes ini.

“Mohon tarikh 9 Nov untuk melengkapkan dokumen dan tarikh baharu bagi pengurusan kes ini,” katanya.

Kamal Hisham, 45, yang kini ditahan di Pusat Tahanan Ayer Molek, di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 8 Sept lepas.

Dia dituduh menyalah guna kedudukannya sebagai Pengarah Syarikat Southern Ads Sdn Bhd berhubung penyewaan ruang niaga di JB Sentral, di sini, antara 2009 dan 2011 mengikut Akta Syarikat 1965.

Kamal Hisham diwakili peguam Mohd Ashram Zakaria dan Datuk Hanif Hassan.

Anggota keluarga beliau turut hadir di mahkamah hari ini bagi mengikuti prosiding berkenaan.

Prosiding pengurusan kes itu sebelum ini dilakukan 11 Okt lepas, namun, hakim sebelum ini, Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh baharu hari ini kerana pihak pendakwaan masih menunggu baki 10 peratus lagi dokumen yang akan diterima daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor sebelum diserahkan kepada pembelaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]g8UmqfdLUQI[/wpdevart_youtube]

Tags: Kamal Hisham
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Ampun Kamal Hisham Tanpa Syarat

14/06/2018
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima permohonan maaf daripada peguam kontroversi tempatan, Kamal...

Pengurusan Kes Peguam Kamal Hisham Ditetapkan 25 Okt Depan

11/10/2015
0

JOHOR BAHRU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 25 Okt depan untuk pengurusan kes peguam Kamal Hisham Ja'afar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd