• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan Kes Peguam Kamal Hisham Ditetapkan 25 Okt Depan

oleh Ahmad Albab
11/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 25 Okt depan untuk pengurusan kes peguam Kamal Hisham Ja’afar yang mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa sebagai pengarah syarikat.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pembelaan mendapatkan dokumen lengkap daripada pihak pendakwaan.

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Ku Hayati Ku Haron berkata 90 peratus dokumen iaitu sebanyak 63 dokumen sudah diserahkan kepada pihak pembelaan.

Ku Hayati yang dibantu Pegawai Pendakwa SSM Mohd Azies Mohd Fadzil berkata pihaknya, bagaimanapun, masih menunggu baki 10 peratus lagi dokumen yang akan diterima daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor sebelum diserahkan kepada pembelaan.

Kamal Hisham, 45, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 8 Sept lepas dan dituduh menyalah guna kedudukannya sebagai Pengarah Syarikat Southern Ads Sdn Bhd berhubung penyewaan ruang niaga di JB Sentral, di sini, antara 2009 dan 2011 mengikut Akta Syarikat 1965.

Dia kini diperintah ditahan di Pusat Tahanan Ayer Molek di sini sehingga perbicaraan selesai selepas Mahkamah Tinggi di sini pada 21 Sept lepas mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Sept yang membenarkannya diikat jamin RM200,000 dengan dua penjamin.

Kamal Hisham yang memakai kemeja-T berwarna merah diwakili peguam Mohd Ashram Zakaria dan Datuk Hanif Hassan.

Anggota keluarga beliau turut hadir di mahkamah hari ini bagi mengikuti prosiding berkenaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]g8UmqfdLUQI[/wpdevart_youtube]

 

Tags: Kamal Hisham
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Ampun Kamal Hisham Tanpa Syarat

14/06/2018
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima permohonan maaf daripada peguam kontroversi tempatan, Kamal...

Kes Kamal Hisham: Mahkamah Sesyen Tetapkan 9 Nov Depan

25/10/2015
0

JOHOR BAHRU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 9 Nov depan untuk pengurusan kes peguam Kamal Hisham Ja'afar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd