• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dron Pantau Jerung Di Kawasan Pantai Australia

oleh Ahmad Albab
27/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Dron akan digunakan untuk memantau kawasan pantai peranginan popular di timur Australia untuk menjejak jerung yang sudah ditanda sebagai sebahagian strategi untuk meningkatkan keselamatan orang ramai mandi di laut.

Australia adalah antara negara yang mencatat kes serangan jerung tertinggi di dunia, dengan 13 kes di negeri New South Wales (NSW) tahun ini, yang mana seorang terbunuh dan 7 cedera.

Kes serangan jerung yang tinggi boleh menjadi ancaman utama kepada industri pelancongan.

Negeri itu yang paling padat penduduk di Australia serta melarang langkah menakai bagi mengurangkan populasi jerung, mengumumkan rancangan lima tahun untuk menyelesaikan isu serangan jerung, termasuk menggunakan sistem sonar generasi baharu serta meningkatkan pemantauan dari udara.

Menteri Perusahaan Utama NSW, Niall Blair, berkata pendekatan itu dilaksanakan selepas mendapat input daripada pakar dan komuniti.

“Kami bangga menjadi wilayah pertama yang menggunakan pendekatan sebegini untuk memastikan kawasan pantai selamat,” katanya.

Plan itu dengan kos Aus$16 juta, bertujuan melindungi orang yang mandi laut dan peluncur ombak tetapi pada masa sama tidak mengancam jerung, akan membabitkan penggunaan dron yang akan menyediakan pemantauan masa sebenar keadaan laut di pinggir pantai serta meningkatkan pengawasan menerusi helikopter.

Program menanda jerung juga akan diperhebatkan, boya dilengkapi sonar pengesan jerung juga akan ditambah serta 20 ‘stesen mendengar’ baharu yang menggunakan teknologi 4G untuk meningkatkan pengawasan terhadap jerung yang sudah ditanda. – AFP

[wpdevart_youtube]NX_FfoRR0RI[/wpdevart_youtube]

Tags: dronjerung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Himpunan Pembangkang: Polis Guna Dron Pantau Pergerakan

Himpunan Pembangkang: Polis Guna Dron Pantau Pergerakan

26/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menggunakan dron bagi memantau himpunan pembangkang ditunjangi PAS di sekitar bandar raya ini. Tinjauan mendapati teknologi itu...

18 Individu Ditahan Iran, Didakwa Bina Dron Untuk Israel

18 Individu Ditahan Iran, Didakwa Bina Dron Untuk Israel

19/06/2025
0

TEHRAN - Polis Iran menahan seramai 18 individu di Mashhad kerana disyaki menjalankan bengkel rahsia pembuatan dron intipan dan serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd