• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurangan Bajet Tak Jejaskan KPT Majukan Bidang Pendidikan

oleh Ahmad Albab
24/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata pengurangan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion untuk kementerian itu tidak akan menjejaskan usaha memajukan sektor pendidikan tinggi negara.

Beliau berkata peruntukan itu dikurangkan berikutan pendapatan kerajaan terjejas akibat kejatuhan harga minyak dan komoditi negara.

“Sebenarnya kita perlu faham dengan situasi ekonomi yang mencabar sekarang namun kerajaan masih mampu mengeluarkan bajet yang agak selesa kepada kementerian. Memang agak berkurangan sedikit tetapi pengurangan ini untuk melatih supaya pihak universiti lebih efisien dalam pelaksanaan programnya.

“Kerajaan masih mampu mengeluarkan bajet yang seimbang seperti tahun lepas walaupun keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Jelajah Kementerian Pendidikan Tinggi: “Soaring Upwards” kali keenam di sini hari ini.

Idris mengulas mengenai Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam yang memperuntukkan RM13.378 bilion untuk Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu lima peratus daripada keseluruhan belanjawan berbanding RM15.785 bilion dalam Bajet 2015.

Katanya kerajaan masih meneruskan Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 bagi penuntut institusi pengajian tinggi dan bagi mengelakkan salah guna BB1M yang boleh dimanfaat 1.2 juta penuntut, Perdana Menteri berkata kaedah penebusan akan diperkemaskan iaitu hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf.

Menurut Idris, kerajaan akan sentiasa membuat pertimbangan sekiranya terdapat keperluan lain pada bajet yang akan datang.

“Insya-Allah dalam melaksanakan bajet, kita akan menguruskannya dengan baik dan lebih efisien pada masa yang akan datang.

“Saya percaya kerajaan akan memberi pertimbangan apabila kita membuat kajian, akan ada keperluan yang perlu ditingkatkan terutama dalam bidang penyelidikan yang akan memberi impak besar kepada kehebatan universiti di negara ini,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]z26fd6rVPrY[/wpdevart_youtube]

Tags: Bajet 2016Idris Jusoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Idris Jusoh Minta Jangan Percaya Beliau Akan Keluar UMNO

15/12/2018
0

BESUT - “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar...

UMK Universiti Pertama Pemangkin Keusahawanan Sosial

01/04/2018
0

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah tersendiri pada hari ini selepas dipilih Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd