• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Sedia Beri Tanah Untuk Pembangunan Program Agropreneur

oleh Ahmad Albab
24/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah sentiasa bersedia memberi tanah bagi menyokong Program Pembangunan Agropreneur Muda sebagai usaha melahirkan lebih banyak usahawan muda menceburi bidang berasaskan aktiviti pertanian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa pembangunan usahawan tani dalam kalangan belia seperti dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2016.

Semalam, Najib mengumumkan antara insentif dalam Bajet 2016 bagi memodenkan sektor pertanian termasuk memperuntukkan RM90 juta untuk Program Dana Pembiayaan Usahawan Pertanian dan Program Pembangunan Agropreneur Muda.

Menyambut baik inisiatif itu, Musa berkata program itu merupakan alternatif terbaik untuk graduan yang tidak bekerja untuk cuba mengembangkan potensi diri masing-masing dalam bidang keusahawanan pertanian.

“Saya berharap golongan belia di negeri akan merebut peluang menyertai program ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNS) peringkat negeri Sabah di sini, hari ini.

Musa berkata Sabah adalah sebuah negeri yang mempunyai tanah luas dan subur selain bersesuaian untuk membangunkan serta memperluas potensi sektor pertanian menerusi penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran secara besar-besaran.

“Ini bagi memastikan kita boleh berdikari dan mampu mencapai Tahap Sara Diri dalam memenuhi keperluan makanan kita tanpa perlu mengimport makanan dari luar negara,” katanya.

Beliau yakin juga yakin kemajuan teknologi dan inovasi dalam sektor pertanian akan dapat membantu meningkatkan nilai tambah dan produktiviti sekali gus menjamin pembangunan sektor pertanian yang progresif, komersil dan berdaya saing.

Mengenai majlis itu, Musa berkata ia adalah peluang untuk peladang, penternak dan nelayan di Sabah mempromosi serta memasarkan hasil mereka selain melihat teknologi baharu yang boleh diguna pakai bagi meningkatkan pengeluaran.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin berkata wujud keperluan untuk membangunkan sebuah tapak tetap khas bagi sambutan HPPNS yang lengkap dengan kemudahan selain mampu menampung penyertaan para penggiat sektor itu. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]if8thiejIIg[/wpdevart_youtube]

Tags: Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Shafie Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Musa Aman

20/10/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd