• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tolak Sekeras-Kerasnya ISIL

oleh Ahmad Albab
07/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menolak serta mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan oleh Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) yang memaksa dan menyerang pihak lain untuk membentuk wilayah mereka.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata sebagai sebuah negara yang sentiasa mahukan keamanan sejagat, Malaysia tidak sekali-sekali mengiktiraf pembentukan kumpulan tersebut mahupun mana-mana pihak yang berkaitan dengan keganasan.

“Tindakan kumpulan tersebut tidak mencerminkan ajaran Islam dan Malaysia tidak mengiktiraf pembentukan ISIL sebagaimana diisytiharkan pada 29 Jun lalu,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Hadi Awang (PAS-Marang) yang mahu kerajaan menyatakan pendirian rasmi terhadap pembentukan wilayah pemerintahan baharu di bawah kawalan ISIL di Iraq.

Hamzah berkata selaras dengan itu juga kerajaan mengambil pendirian menyokong penuh resolusi 2170 Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) yang menentang sebarang bentuk sokongan kepada kumpulan berkenaan.

Katanya, ini diperkukuhkan lagi dengan menyokong resolusi 2178 iaitu memperkukuhkan usaha mengemblengkan badan antarabangsa untuk memerangi keganasan secara amnya dan memerangi para penganas antarabangsa khususnya.

Bagaimanapun Hamzah berkata, kerajaan yakin dan percaya isu keganasan oleh kumpulan tersebut perlu ditangani secara komprehensif dan tidak semestinya dengan tindakan kententeraan semata-mata.

“Mekanisme penyelesaian boleh diambil oleh badan bertindak antarabangsa , melalui kerangka yang diambil oleh PBB dalam menangani isu keganasan, dalam hal ini kerajan berpandangan bahawa tindakan kententeraan ke atas pengganas IS (Islamic State) sebolehnya tidak mengkibatkan orang awam terkorban,” katanya.

Zainuddin berkata pendirian Malaysia juga telah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung PBB, 27 Sept lepas dengan kerajaan mengecam tindakan kekejaman IS dan menolak perjuangan kumpulan tersebut.

“Perdana Menteri juga menegaskan pendekatan kesederhanaan penting dan sesuai untuk menangani tindakan ekstremisme ketika ini,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

PAS Sedia Berunding Kerusi Dengan UMNO, Fokus Utama Sekat PH Di Melaka – Tuan Ibrahim

PAS Sedia Berunding Kerusi Dengan UMNO, Fokus Utama Sekat PH Di Melaka – Tuan Ibrahim

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS sedia berunding dengan UMNO berhubung kerusi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd