• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Palapes Wajar Sertai Askar Wataniah

oleh Ahmad Albab
24/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah setiap anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) yang berjaya menamatkan latihan wajar menyertai Askar Wataniah.

“Adalah menjadi kewajipan anggota Palapes berkhidmat dengan Tentera Darat atau menyertai Askar Wataniah bagi membalas jasa kerajaan membiayai latihan mereka.

“Majikan juga harus memahami komitmen bekas anggota Palapes dengan memberi pelepasan kepada pekerja mereka untuk menyumbang khidmat bakti tidak ternilai kepada negara,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pada majlis Santapan Malam Rejimental Sempena Pertauliahan DiRaja Pegawai Kadet Palapes Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pengambilan Ke-8 Tahun 2015, di sini, malam tadi.

Berangkat sama pada majlis itu, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menurut baginda, majikan pada awalnya mungkin berasa timbul sedikit masalah melepaskan pekerja mereka menjalani latihan namun akan menyedari sumbangan tersebut adalah antara faktor negara terus aman dan selamat.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah anggota-anggota Palapes perlu sentiasa memberi tumpuan terhadap profesion ketenteraan serta mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan agar tahap profesionalisme mereka terus meningkat.

Baginda selaku Canselor UniMAP dan juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpengkalan di Kem Bukit Ketri, Padang besar bertitah anggota-anggota Palapes juga harus memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan.

“Saya berharap tuan-tuan melaporkan maklumat anasir-anasir yang berupaya mengancam keselamatan negara.

“Pekerjaan sebagai pegawai tentera merupakan satu komitmen selain tugas mulia yang berhubung kait dengan amalan ‘Defender of The Faith, King and Country’ di samping memupuk semangat kesetiaan kepada negara,” tambah baginda.

Menurut baginda kerjaya dalam bidang ketenteraan walaupun tidak istimewa namun ia diiktiraf sebagai ‘A noble and reputable profession.’

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyampaikan hadiah kepada penerima Anugerah Pegawai Kadet Terbaik UniMAP 2015 iaitu Ezza Rina Mohd Isa (keseluruhan), Phuah Yong Zen (akademik) dan Mohamad fadhil Azizi (ketenteraan). – BERNAMA

[wpdevart_youtube]QLnHJSRd6ls[/wpdevart_youtube]

Tags: Palapes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

Disyaki Meninggal Dunia Akibat Dipukul, Ibu Pelatih PALAPES Tuntut Siasatan Segera

Disyaki Meninggal Dunia Akibat Dipukul, Ibu Pelatih PALAPES Tuntut Siasatan Segera

01/08/2025
0

IPOH: Ibu kepada seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, menuntut agar siasatan segera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd