• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemerkasaan Bumiputera Terus Jadi Agenda Kerajaan

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemerkasaan Bumiputera dalam beberapa sektor meliputi bidang keusahawanan dan pendidikan terus menjadi keutamaan agenda nasional kerajaan menerusi Bajet 2016.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ di Dewan Rakyat hari ini berkata, pemerkasaan itu turut merangkumi pembangunan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Di bawah keutamaan itu, sebanyak RM150 juta disalurkan kepada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untuk pelaksanaan pelbagai program termasuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dan Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi.

Sejumlah RM150 juta juga diperuntukkan kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk melaksanakan program Peneraju Tunas, Peneraju Profesional serta Peneraju Skil dan Iltizam.

“Kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) pula diperuntukkan RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi,” katanya.

Bagi memantapkan pemilikan ekuiti serta memperhebat keusahawanan dan peniagaan Bumiputera, Najib berkata beberapa peruntukan disediakan untuk tujuan itu.

Peruntukan itu adalah RM400 juta kepada Dana Ekuiti Nasional Berhad atau EKUINAS; RM250 juta kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad; RM150 juta kepada Pelaburan Hartanah Berhad; dan RM100 juta sebagai pinjaman kepada UDA Holdings untuk tujuan pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: Bajet 2016bumiputera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa kecewa apabila masih terdapat pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd