• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bisnes Sewa Kambing Khas Potong Rumput Semak

oleh
27/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Sebuah bisnes unik iaitu penyewaan kambing bertujuan untuk membersihkan semak-samun dan rumput liar semakin berkembang pesat di negeri New South Wales (NSW), lapor media Australia baru-baru ini.

Sebahagian besar pelanggan perkhidmatan ini adalah kalangan petani dan pihak majlis perbandaran tempatan malah bisnes yang berasal dari daerah pedalaman tersebut kini sudah mula meluas pula ke bandar-bandar.

Elizabeth Larsen yang sudah menjalankan perniagaan diberi nama Herds for Hire (ternakan untuk disewakan) sejak empat tahun lalu bermula di Bega Valley, terletak kira-kira 330 kilometer dari ibu kota NSW, Sydney.

“Pada ketika ini kami berada di kawasan penternakan Pambula Wetlands, dan kami sudah memiliki sejumlah 30 ekor kambing yang bertugas sepenuh masa membersihkan ladang blackberry dan semak lainnya,” kata beliau.

Semasa mereka melihat daun blackberry, kambing-kambing itu akan segera berlari mengejar pokok kecil ini. Mereka sebenarnya bekerja bersama-sama. Jika ada semak yang besar, kambing ini akan beratur berbaris.

Mereka kemudian akan membantu antara sama sama lain dengan menarik ranting semak belukar yang penuh pokok blackberry itu turun ke bawah sehingga kambing yang lain mudah mendapatkan segala daunnya.

r160_143_1727_1164_w1200_h678_fmax

Baca: Bebiri Bulu Lebat 40kg Terpaksa Dicukur Juara Australia

“Mengagumkan lihat mereka bekerja mampu bertugas dedikasi dengan bersama-sama untuk mendapatkan daun blackberry. Mereka juga sanggup memakan dahan tanaman itu, yang sebenarnya banyak berduri,” katanya.

Kambing-kambing profesional ini sering digunakan oleh golongan petani dan pihak perbandaran tempatan untuk tugas membersihkan semak-samun yang cukup susah dijangkau oleh kudrat tenaga usaha manusia sendiri.

Kambing-kambing diusahakan itu malah memiliki kemampuan unik. Mereka boleh menaiki tebing yang curam, atau masuk ke lembah yang dalam, dan tugas mereka cukup mudah iaitu hanya memakan semak-semak.

Pada umumnya, dibandingkan dengan jenis haiwan ternakan lain, kambing sebetulnya dikenal pasti sejak sekian lama lagi sebagai binatang jinak yang susah diurus oleh mana-mana gembala berpengalaman.

“Semua orang tahu bahawa kambing memang haiwan yang susah dikendalikan sehingga kami sendiri harus mencari jalan penyelesaian alternatif untuk menangani masalah ini,” kata Larsen lagi secara jujur.

“Kami kemudian membeli pagar khas diimport dari Amerika Syarikat. Pagar seluas 50 meter persegi ini boleh dipindahkan dengan cepat sehingga kami mudah memasang di pelbagai lokasi yang kami inginkan.”

The-grazing-crew

Baca: Bebiri Faham Bahasa Inggeris Kesal Dimaki Penternak

Pagar tersebut dialiri arus elektrik berkuasa rendah kerana kambing adalah binatang yang cerdas. Namun setelah satu atau dua kali terkena renjatan, mereka selepas itu akan faham dan segera menghindari pagar berkenaan.

Meskipun sudah mendapatkan tawaran dari seluruh pihak berkuasa tempatan di kawasan itu, Larsen menyatakan bahawa bisnes mereka semakin berkembang sehingga menjangkaui ke daerah pinggir Sydney dan Wollongong.

“Apa yang ingin kami lakukan adalah memperkembangkan perkhidmatan ini termasuk memiliki jumlah ternakan yang lebih banyak lagi. Kami setakat ini sudah pun mendapat banyak tawaran kerja,” jelas Larsen.

Masalahnya, mereka tidak dapat membawa kambing lebih 3.5 jam dari pejabat syarikat. Justeru, operasi mereka harus dalam jarak tersebut tetapi sudah mendapatkan pihak yang berpotensi menjadi pelanggan dekat Sydney.

Larsen bagaimanapun enggan mengeluh malah menyatakan, dia cukup senang untuk melatih kambing-kambing tersebut dan bersiap sedia melakukan perjalanan bersama-sama mereka setiap hari ke mana-mana destinasi.

“Sekarang saya memiliki mereka. Apabila ada pekerjaan, kami boleh membawa mereka pindah satu kilometer, dan kambing ini dengan sukarela patuh akur mengikuti perintah,” kata Larsen. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Australiabisneskambingternakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

14/12/2025
0

SYDNEY, 14 Disember – Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan yang menggemparkan Bondi Beach, antara pantai paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd