• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjara 9 Tahun, Denda RM4.05j Terhadap Pengarah Urusan Kekal

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara sembilan tahun enam bulan dan denda RM4.05 juta terhadap pengarah urusan syarikat pemasangan menara telekomunikasi bagi kesalahan terlibat aktiviti pengubahan wang haram dan menipu tujuh kontraktor, sembilan tahun lepas.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Abdul Majid Rana Nawaz, 61, yang juga warga Pakistan terhadap sabitan dan hukuman itu.

Dalam penghakimannya, Kamardin berkata Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf menjatuhkan hukuman terhadap perayu.

“Selepas meneliti rekod rayuan, mahkamah mendapati tiada merit dalam permohonan. Oleh itu mahkamah menolak rayuan perayu. Sabitan Mahkamah Sesyen adalah selamat dan dikekalkan,” katanya.

Pada 7 Jun 2012, Abdul Majid, yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Murad Hashim Communications Sdn. Bhd., didenda RM3.7 juta dan dijatuhi hukuman penjara 30 bulan atau dipenjara 28 bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah terhadap sembilan pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram melebihi RM2.4 juta.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan didenda RM350,000 atau dipenjara 25 bulan jika gagal membayar denda selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan menipu tujuh kontraktor membabitkan RM1.7 juta.

Hakim Azizah Mahmud memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan secara berasingan.

Bagi lapan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001, Abdul Majid didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima wang hasil daripada aktiviti haram sejumlah RM2,425,000 melalui cek di Maybank Berhad cawangan Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail di sini antara Ogos 2006 hingga Julai 2007.

Bagi pertuduhan kesembilan Abdul Majid didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM40,000 melalui cek daripada akaun syarikat Murad Hashim Communications Sdn. Bhd. (syarikat miliknya) ke dalam akaun Public Bank syarikat SoundMax Sdn. Bhd. cawangan Bukit Damansara.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan sama pada 13 Nov 2006, mengikut Seksyen 4(1)(a) AMLA.

Abdul Majid turut didakwa bagi tujuh pertuduhan menipu tujuh kontraktor dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa syarikatnya iaitu Murad Hashim Communications telah mendapat projek pembinaan menara telekomunikasi 3G MITV daripada Syarikat MITV Corporation Sdn. Bhd. sehingga mendorong kesemua kontraktor itu menyerahkan wang tunai dan cek yang kesemuanya berjumlah RM1,750,000 kepada Abdul Majid.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di 307, Blok F, Phileo Damansara 1, No. 9, Jalan 16/11, Petaling Jaya dekat sini antara Disember 2006 hingga Mac 2007, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim manakala Abdul Majid diwakili peguam Shaari Nor. – BERNAMA

Tags: dendaPengarah UrusanPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd