• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musim Terakhir Zulfahmi Dalam MotoGP

oleh Ahmad Albab
22/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Selepas enam musim terlibat dalam saingan MotoGP, pelumba negara Zulfahmi Khairuddin akan mengakhiri pembabitannya dalam sirkit dunia itu tahun ini sebelum beralih arah.

Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali mengesahkan pelumba berusia 24 tahun yang mewakili pasukan Drive M7 SIC itu tidak akan beraksi dalam Moto3 mahupun Moto2 bagi musim depan.

Namun Razlan menjelaskan ketiadaan Zulfahmi dalam perlumbaan MotoGP musim depan bukan bererti karier pemuda berasal dari Banting itu sudah berakhir.

“Masih banyak lagi pilihan untuk Zulfahmi. Kami akan terus membantunya,” kata Razlan yang enggan mengesahkan spekulasi yang mengaitkan Zulfahmi akan beralih kepada perlumbaan Superbike Dunia iaitu perlumbaan terkemuka selepas MotoGP.

Razlan ketika ditemui pemberita di Pusat Media SIC di sini berkata sebagai pelumba berpengalaman, Zulfahmi boleh menjadi mentor kepada pelumba pelapis khususnya kepada mereka yang bersaing dalam Piala Bakat Asia Shell Advance, CEV Repsol dan MotoGP sendiri.

Prestasi tidak menentu Zulfahmi musim ini menyaksikan dia kini menduduki tangga ke-23 keseluruhan ketika hanya berbaki dua pusingan lagi dalam sirkit dunia itu iaitu di Sepang hujung minggu ini diikuti Valencia dari 6-8 Nov nanti.

Pencapaian terbaik Zulfahmi adalah pada musim 2012 apabila menduduki tangga ketujuh sebelum merosot ke tangga ke-12 pada 2013 dan 20 tahun lepas.

Zulfahmi ketika ditemui berkata beliau mungkin beralih ke perlumbaan kelas lain tahun depan dan berazam mahu menempatkan dirinya dalam kelompok lima terbaik pada perlumbaan di Sepang yang bermula esok hingga Ahad ini.

“Perlumbaan hujung minggu ini adalah perlumbaan terakhir saya dalam Moto3 di tempat sendiri dan saya akan buat yang terbaik,” katanya.

Untuk rekod, Zulfahmi pernah mendapat penamat podium di GP Malaysia 2012 apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang juara dunia Moto3 ketika itu Sandro Cortese. – BERNAMA

Tags: MotoGP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

11/11/2023
0

SEPANG: Juara bertahan MotoGP dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia menyambar petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd