• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKMM Terus Didik Pengguna Media Sosial Fahami Dasar Kerajaan

oleh Ahmad Albab
22/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan terus mendidik pengguna media sosial khususnya Generasi Y supaya mereka lebih mudah memahami dan menerima dasar serta hala tuju kerajaan dalam mencapai misi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata beberapa program telah diwujudkan untuk mendidik golongan itu seperti ‘Klik Dengan Bijak’ yang kini semakin mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan remaja.

“Pihak jabatan akan melaksanakan usaha secara berterusan mengajak masyarakat khususnya generasi muda agar mereka bersama untuk memikul tanggungjawab itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Apa Kata Gen Y di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang di sini, hari ini.

Lebih 500 pelajar daripada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menyertai majlis itu yang dihoskan oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Mohd Zaini Hassan dan tokoh akademik, Prof Madya Datuk Agus Yusoff.

IPT terlibat ialah UiTM Kampus Machang dan Kampus Kota Baharu; Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Pangkalan Chepa, Kampus Bachok dan Kampus Jeli; dan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Baharu dan Gua Musang.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata kerajaan perlu mempertingkat keupayaan untuk menguruskan perbezaan pendapat dengan bijaksana terutama yang diutarakan daripada perspektif pelbagai golongan masyarakat.

“(Ada) golongan berkenaan sering berpendapat mereka sahaja yang betul tanpa menghiraukan pendapat orang lain yang mempunyai pandangan berbeza,” katanya.

Sementara itu, Agus berkata tahap kepintaran generasi sekarang berbeza dengan generasi terdahulu kerana longgokan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

“Mereka mempunyai pelbagai jenis alat komunikasi yang boleh menerima sebarang maklumat dengan lebih pantas dan mudah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Generasi YKKMMmedia sosial
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin PKR Pahang Padam Ulasan Insiden PMX Didakwa ‘Kena Boo’?

Pemimpin PKR Pahang Padam Ulasan Insiden PMX Didakwa ‘Kena Boo’?

08/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Norman Daud dipercayai telah menurunkan hantaran di media sosial...

Talkin Pilihan Raya Keterlaluan, Persenda Talkin Jenazah – Netizen

Talkin Pilihan Raya Keterlaluan, Persenda Talkin Jenazah – Netizen

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Tindakan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memuat naik rakaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd