• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Firma Audit Antarabangsa Audit Aset MARA – Annuar Musa

oleh Ahmad Albab
22/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) mendapatkan khidmat syarikat audit antarabangsa untuk mengaudit proses pembelian semua asetnya termasuk pembelian hartanah di Australia.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata firma itu akan menjalankan audit daripada seluruh aspek dengan terperinci termasuk audit forensik.

Di samping siasatan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) serta audit dalaman, audit luaran amat penting kerana MARA mempunyai kebatasan dari segi kepakaran, katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh turut mengulas dakwaan Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli baru-baru ini yang menyatakan pegawai tinggi MARA yang disebut dalam proses perbicaraan di Australia masih belum diambil tindakan atau didakwa.

“Tidak ada sesiapa pun yang didakwa terlibat, cuma kita dapati ada nama-nama tertentu disebut…kalau sebut (nama) sahaja kita tidak boleh anggap orang itu salah kerana itu tak adil,” katanya.

Annuar meminta mana-mana pihak yang mempunyai bukti ataupun dokumen berhubung kes pembelian hartanah di Australia supaya menyerahkannya kepada SPRM bagi membantu siasatan.

“Baru-baru ini Rafizi turut mendakwa mempunyai bukti atau dokumen berhubung kes itu jadi saya minta sesiapa sahaja termasuk Rafizi supaya membawa apa sahaja bukti yang mereka ada kepada SPRM kerana saya bimbang akan menjadi satu kesalahan pula sekiranya mereka menyimpan bukti tersebut,” katanya.

Sementara itu, Annuar memberitahu MARA sedang berunding dengan dua bank komersial tempatan bagi mendapatkan dana RM1 bilion bagi menampung kos biayaan pelajar di bawah majlis itu.

“Secara prinsipnya dua bank ini telah bersetuju satu jumlah yang boleh mereka sediakan tetapi ada beberapa perkara yang belum diselesaikan.

“Mereka (bank) mahu membiayai pelajar lepasan ijazah sahaja tetapi MARA mempunyai banyak pelajar ijazah, oleh itu bank-bank ini memberikan beberapa syarat dan ini perlu dirunding semula,” katanya sambil memaklumkan MARA turut merancang untuk berbincang dengan dua buah bank lain bagi mendapatkan dana itu.

Katanya, hal ini berikutan MARA mengalami defisit sebanyak hampir RM500 juta berikutan pertukaran mata wang dan kenaikan kos tambang perjalanan para pelajar. – BERNAMA

Tags: MARA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd