• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Heroin, Syabu Bernilai RM74,700 Di Sungai Petani

oleh Ahmad Albab
22/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Polis merampas dadah heroin dan syabu bernilai RM74,700 dan menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah teres di sebuah taman perumahan di Kuala Muda, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata lelaki tempatan berusia 36 tahun itu merupakan pemilik sebuah bengkel kereta di sini.

“Semasa serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu, lelaki terbabit berada seorang diri di dalam rumah sewanya dan hendak keluar dari rumah berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Polis kemudiannya menemukan dadah jenis heroin seberat 3.784 kilogram (kg), yang dibungkus dalam sembilan paket plastik lutsinar besar dan lapan paket kecil, dianggarkan bernilai RM63,000, serta dua paket syabu seberat 65 gram dan dianggarkan bernilai RM11,700 di dalam rumah itu, katanya.

Beliau berkata dadah itu dipercayai untuk diedarkan di kawasan sekitar Sungai Petani dan kawasan-kawasan berhampiran.

Katanya polis turut menyita sebuah Toyota Hilux dianggarkan bernilai RM50,000, sebuah Toyota Camry bernilai RM80,000, dan wang tunai berjumlah RM1,000 milik suspek.

Md Zukir berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai lapan rekod kesalahan lampau antaranya rompakan berkumpulan, memiliki dadah dan kesalahan di bawah Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 Kedah.

Katanya ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan dia direman seminggu bermula 20 Okt untuk siasatan.

“Ingin saya tegaskan bahawa tangkapan ini bukanlah (membabitkan) makmal dadah,” katanya.

Sementara itu, Md Zukir berkata bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, pihaknya melakukan 204 tangkapan melibatkan bekalan dadah, memiliki dadah (251 tangkapan) dan penagih (1,748 tangkapan).

“Bagi tempoh sama juga, kita telah merampas sebanyak 45.948 kg ganja, 9.254 kg heroin, 1.386 kg syabu, 3.21 gram ketamin, 529.15 liter air ketum, 103 kg daun ketum, dan 322.5 biji pil khayal,” katanya. – BERNAMA

Tags: heroinkes dadahpolisSyabu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd